GAMBAR PERNIKAHAN FIZO OMAR DAN MAWAR



Sebenarnya nak publish entry ni semalam.. Tapi, lupa nak tekan button publish.. hahahha.. Bila tengok kat post, still lagi jadi draf.. So, pagi ni, buka dan terpaksa edit sikit-sikitlah sebab nak jadikan entry untuk hari ni.. hikhik.. 

***************

Alhamdulillah... Fizo Omar dan Mawar telah pun sah menjadi suami dan isteri. Majlis akad nikah diadakan pada pagi semalam. Disiarkan secara langsung di Program Nasi Lemak Kopi O di TV9. Dengan sekali lafaz, Mawar menjadi isteri Fizo.. 

Jom tengok sikit gambar sekitar majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar Karim . Ada yang saya ambil dari FB NLKO, Rotikaya, instagram Shila Hamzah dan beberapa fb yang lain. 










Yang menariknya, hantaran Fizo Omar telah dibawa oleh 7 jejaka Malaya dan diketuai oleh seorang hero malaya.. hihihi.. Diketuai oleh Rosyam Nor.. Yang membawa hantarannya pula ialah Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Johan Ashaari, Kamal Adli, Karl Shafiq, Iqram Dinzly dan Nazim Othman.. Ada sesi berpantun bagailah sebelum nak masuk ke rumah Mawar tu..

Setelah selesai akad nikah tu, pengacara NLKO pun menemuramahlah Fizo dan Mawar.. Fizo ni memang seorang yang sensitif.. Dia yang menitiskan air mata .. Tapi, Mawar relax je, tenang je.. Baguslah Mawar ni .. Tersenyum ceria jer :)

Semoga berbahagia diucapkan kepada mereka berdua..

Dua-dua pun ahli perniagaan kan.. Fizo dengan bisness burger dan Mawar bisness tudung :)


*********************





Post a Comment

34 Comments

  1. Salam mesra semanis senyuman ^__^

    Delima dipetik sebelah pandan,
    Tangkai peria menyapa pagar;
    Sama cantik samalah padan,
    Bagai cahaya menyapa sinar.

    ReplyDelete
  2. Semoga mereka bahagia dunia akhirat..Ameen :D

    ReplyDelete
  3. Tengok gak siaran lansung tv9 semalam. sama padan Fizo dan Mawar kan... Suka tengok dorang... Hehe.

    ReplyDelete
  4. semoga mereka berbahagian keakhir hayat dan akhirat sana. Pasangan sama cantik, sama padan

    ReplyDelete
  5. sweet dan sporting betul jejaka malaya yg bawak hantaran tu. hHaha.. tahniah buat pasangan..

    ReplyDelete
  6. selamat pengantin baru buat mereka

    ReplyDelete
  7. ada gak tgk live smlam kat nasik lemak kopi o . mmg sepdan depa berdua ni

    ReplyDelete
  8. semalam akak x sempat tengok pon.. huhuhu. bz memasak kat dapur.

    canteknye mereka, sama cantek sama padan. ruginye x dapat tengok hero malaya bawa hantaran. hehehehe

    ReplyDelete
  9. cantik dan padan... semoga berbahagia...

    ReplyDelete
  10. bak kata para lelaki di malaysia ni, thanks fizo omar kerana dah mengurangkan lagi persaingan dengan awek2 mereka.. x de la lagi lepas ni awek2 malaysia tergila-gilakan fizo.. hehehe

    ReplyDelete
  11. da sah suami isteri.. ni la gambar pertame pernikahan derang yang k. fifi tengok.. hihi..

    ReplyDelete
  12. sama cantik sama padan
    semoga jodoh terus berkekalan aamiin

    ReplyDelete
  13. tudung die pakai tu cantik kan :)

    ReplyDelete
  14. @Fizalinolietu la, samalah kita. Ros pun minat kat dorang.

    ReplyDelete
  15. @memmetlenggengiye, sama cantik sama padan. manis je dorang ni.

    ReplyDelete
  16. @Rai Ourkizunatu la, terkejut jugak tengok hero malaya tu bawak dulang masa tu.. hihi

    ReplyDelete
  17. @Nafira usofRos pulak memang dah set nak tengok. hikhik

    ReplyDelete
  18. @Mimi Azirahtak ape, tengok gambar pun ok dah kak.

    ReplyDelete
  19. @Pha Ismemang ramai yang gilakan fizo ni.. hihi

    ReplyDelete
  20. deqla tgk ramai blogger yg buat entri psl mereka.. tahniah dah selmt pengantin baru buat mereka..

    ReplyDelete