Thursday, December 12, 2013

GAMBAR PROTON PERDANA BARU KERETA RASMI KERAJAAN


Ada yang dah tengok Proton Perdana yang baru?.. Baru je dilancarkan semalam. Tapi hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan.. Belum dijual kepada orang awam :)

Didatangani dengan dua warna. Iaitu hitam dan grey purple.. Cantik grey purple tu...






Sumber kat bawah ni : Astro Awani.


 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

 Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, telah menyerahkan kumpulan pertama 200 unit Proton Perdana kepada kerajaan.

 3,000 unit lagi akan diserahkan kepada kerajaan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun bagi menggantikan kumpulan Proton Perdana pada masa ini yang digunakan sebagai kenderaan kerajaan.

Buat masa ini, Proton Perdana baru itu hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan, termasuk agensi kerajaan dan ia tidak akan dijual kepada orang awam.

 Proton Perdana merupakan sebahagian daripada program pembangunan yang dijalankan Proton dengan kerjasama Honda Japan Ltd.


****************





8 comments:

  1. enjin honda ler tuh . body pun teknology honda juga . mrk nak yg power juga ...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ros....slm jumaat

    akak tak tgk lg perdana ni..berita ni pun akak dpt di blog ni....cantik....

    ReplyDelete
  3. Macam Honda Accord...tp honda + proton mmg ada kerjasama kan..

    ReplyDelete
  4. Ciksu bc kat paper je. Dok kg rajin belek paper. Sbb adik selalu beli.kiki
    kalu dok umh sndiri bc online je le.

    Cntikkan kan. Ciksu dulu minat sgt sgt perdana V6 sbbnya nampak xclusif. Hihi. Tapi memandagkan kalau rosak, mak aii boleh tahan jugak ;)

    ReplyDelete
  5. gempak gak eh.. skng ni tgk gmbr jer dulu.. nanti kite tgk real camne plak eh.. ;)

    ReplyDelete
  6. ok juga, beli barang tempatan kan, dari beli barang luar

    ReplyDelete