Ada yang dah tengok Proton Perdana yang baru?.. Baru je dilancarkan semalam. Tapi hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan.. Belum dijual kepada orang awam :)

Didatangani dengan dua warna. Iaitu hitam dan grey purple.. Cantik grey purple tu...






Sumber kat bawah ni : Astro Awani.


 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

 Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, telah menyerahkan kumpulan pertama 200 unit Proton Perdana kepada kerajaan.

 3,000 unit lagi akan diserahkan kepada kerajaan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun bagi menggantikan kumpulan Proton Perdana pada masa ini yang digunakan sebagai kenderaan kerajaan.

Buat masa ini, Proton Perdana baru itu hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan, termasuk agensi kerajaan dan ia tidak akan dijual kepada orang awam.

 Proton Perdana merupakan sebahagian daripada program pembangunan yang dijalankan Proton dengan kerjasama Honda Japan Ltd.


****************