Alkisahnya ni lah dia rupanya L.A Coffee. Sebagai peminat coffee yang tegar, haruslah mencuba kalau ada produk baru... Tu yang beli tu. Tapi, secara peribadinya, tak menepati piawaian tekak saya. hihi... Nescafe jugak yang terbaik.. Ops jangan marah.. Sebenarnya sekarang ni dah jarang minum minuman bercaffien. Sebab tengah amalkan Ephyra kan.. Tu yang slow kan minuman bercaffien tu. Nak stop minum, macam tak gamak je.. hihi. Nescafe tu dok melambai-lambai je ... muahahahha....

Pagi ni dapat satu berita gembira dari seorang rakan blogger yang femes amos... Iaitu Kak Ina (Intan Berlian)... Alhamdulillah..Kak Ina positif hamil.. Eh ayat macam skema pula.. hihi.. Alhamdulillah..Gembira dengar dari Kak Ina... 
Saya pun sedang berusaha untuk hamil.. Kawan-kawan, minta doakan saya mengandung ye. Terima kasih banyak :-). Tak salahkan kita doakan yang baik-baik.. Hari Jumaat pula hari ni kan... Saya juga mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan blogger dan pembaca blog saya.. Semoga apa uang kiya impikan (yang baik-baik), dipermudahkan Allah... Aminn.

Pagi tadi sempat pergi jogging ngan Cik Abg kat Taman Merdeka..Time cuti mingguan ni la baru boleh gi jogging.. Exercise sikit.. Tadi ramai juga orang... Balik rumah, sambung dengan Zumba pula... Zumba tu tengok kat youtube je.. Best... 

**Masih banyak jejak belum di balas. Updated guna phone ni terbatas sikit .. Saya bw slow-slow.. Jangan marah eh... Love uols...