Ikan cencaru belah belakang ni memang feveret saya tau. Hari Isnin lepas saya ada gi pasar malam. Beli ikan cencaru ni seekor.. Mesti ada yang ketawa bila saya kata saya beli seekor je. Iye, memang beli seekor sebab hanya saya dan suami je kat rumah. Kalau beli banyak-banyak, nanti tak termasak pulak kan..

Kebetulan hari Selasa tu ada singgah ke blog Ciksu . Tapi Ciksu buat letak kelapa. Kalau saya, suka yang takde kelapa tu.. Sambal yang kita nak buat tu simple je..

Hiriskan bawang putih dan bawang besar. Masukkan dalam cili yang kita dah kisar. Perahkan limau nipis, dan perasakan dengan gula dan garam. Kalau letak asam jawa pun boleh. Dah tu, gaul ikan kita dengan garam dan kunyit, dan terus sumbat belakang ikan tu dengan sambal tu. Mudah kan?.. Rasa pun sedap.. hihi.. saya belah dua-dua bahagian ikan tu. Baru terasa sambal kat ikan tu  nanti.. Tapi, bila goreng, elok-elok la terbalikkan ikan tu. Nanti habis berderai sambal tu. Goreng dalam minyak yang banyak sikit tau. Dan minyak tu memang terus dah tak boleh guna dah.. Sebab jadi hitam kan.. hihihi..

Nilah dia rupa ikan cencaru belah belakang saya tu... Fokus kat ikan cencaru tu je tau. Ikan kerisi kat sebelah dia tu abaikan.. hikhik.. Ikan kerisi pun feveret saya... :)




Saya suka goreng garing-garing ikan ni.. Baru sedap nak dimakan... hihihi..