Friday, January 17, 2014

RESEPI PALING MUDAH IKAN CENCARU BELAH BELAKANG

Ikan cencaru belah belakang ni memang feveret saya tau. Hari Isnin lepas saya ada gi pasar malam. Beli ikan cencaru ni seekor.. Mesti ada yang ketawa bila saya kata saya beli seekor je. Iye, memang beli seekor sebab hanya saya dan suami je kat rumah. Kalau beli banyak-banyak, nanti tak termasak pulak kan..

Kebetulan hari Selasa tu ada singgah ke blog Ciksu . Tapi Ciksu buat letak kelapa. Kalau saya, suka yang takde kelapa tu.. Sambal yang kita nak buat tu simple je..

Hiriskan bawang putih dan bawang besar. Masukkan dalam cili yang kita dah kisar. Perahkan limau nipis, dan perasakan dengan gula dan garam. Kalau letak asam jawa pun boleh. Dah tu, gaul ikan kita dengan garam dan kunyit, dan terus sumbat belakang ikan tu dengan sambal tu. Mudah kan?.. Rasa pun sedap.. hihi.. saya belah dua-dua bahagian ikan tu. Baru terasa sambal kat ikan tu  nanti.. Tapi, bila goreng, elok-elok la terbalikkan ikan tu. Nanti habis berderai sambal tu. Goreng dalam minyak yang banyak sikit tau. Dan minyak tu memang terus dah tak boleh guna dah.. Sebab jadi hitam kan.. hihihi..

Nilah dia rupa ikan cencaru belah belakang saya tu... Fokus kat ikan cencaru tu je tau. Ikan kerisi kat sebelah dia tu abaikan.. hikhik.. Ikan kerisi pun feveret saya... :)




Saya suka goreng garing-garing ikan ni.. Baru sedap nak dimakan... hihihi..




12 comments:

  1. aduhai..tergoda tgk ikan tu..menu hari ni nak makan cencaru gak la..hihi

    ReplyDelete
  2. sedap...

    bile nak makan baru goreng

    :)

    ReplyDelete
  3. Akak pun bru je buat cencaru sumbat nih 2 hari lpas..

    ReplyDelete
  4. betul tuu. goreng garing2 sgt kriuk2. konfirm mkn smpi licin. heee

    ReplyDelete
  5. saya biasa buat belah depan..huhu..
    tp smua bahan tumbuk kasar..sumbat..goreng..

    ReplyDelete
  6. sedap ni..saya dgn hubby mmg suka sgt...

    ReplyDelete
  7. suka ikan ni.. isi dia sedap kan lagi2 kalau letak sambal banyak2..

    ReplyDelete
  8. goreng ttap mnjadi pilihan kan. yg penting garing.. hihi. cik abe bising dia kata dah over cooked. hahaa. pedulik. jgn la bg rentungkan. sbb tu ciksu suka buat dua versi. bakar n goreng. kikiki.

    nak dgr citer tak. pernah skali tu kan adik n ayh ciksu mai. ciksu pi buat yg bakar lebih. yg goreng just dua ekor. skali ayah, adik n ciksu dok balon yg goreng je. yg bakar cik abg la habiskan. sian dia..
    family ciksu dh biasa yg goreng.

    tapi x rugi, bila bakar pastu kasik goreng skejap ok gk.

    ReplyDelete
  9. Nyummy...klu nama ye dh fevret.mesti sedap punye.hihi

    ReplyDelete
  10. rajinnya kongsi resepi, tapi takpe, resepi pun ilmu juga....sedap ikan masak macam ni

    ReplyDelete
  11. garing2 sedap kan.. mkn ngan nasi panas2.. perggghh..!

    ReplyDelete