Thursday, February 06, 2014

KEMELUT JDT DAN T TEAM



Mesti ramai yang dah tahu tentang kemelut antara pasukan JDT dan T TEAM kan?. Perlawanan yang terhenti tanpa separuh masa kedua. Ada berbagai dakwaan tentang perlawanan ni. Tapi bukan tu yang saya nak ulas. Sebab dah terlalu banyak versi kan... 

Seperti yang semua sedia maklum. Sebentar tadi Pihak FAM telah bermesyuarat berkenaan status perlawanan ini. Dan keputusan telah pun diketahui. JDT layak ke suku akhir untuk menentang Kedah. Berikut merupakan kenyataan pihak FAM di ruangan facebooknya :-



Ada yang tak tahu kenapa kemenangan 3-0 diberikan kepada JDT kan?...  jom baca yang ni pula:



Yang pasti, keputusan ini akan membawa seribu satu persoalan kepada peminat T TEAM. Ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan FAM ini. Hal ini kerana pada pertemuan antara JDT DAN PAHANG tahun lepas di mana JDT enggan meneruskan perlawanan, walaupun pihak polis telah mengesahkan keselamatan di dalam stadium. Pihak FAM telah membuat keputusan perlawanan diadakan di tempat yang berkecuali dan tidak pula memberikan kemenangan kepada pasukan Pahang. tetapi kini, kemenangan diberikan kepada JDT atas alasan T Team menarik diri. Bagaimana dengan dakwaan pasukan T Team yang tercedera? Ops, sungguhla kontroversi... 

Apapun JDT bakal bertemu Kedah di Larkin untuk suku akhir pertama pada 11 hb 2 (selasa) dan di Alor Star pada 18 hb 2(selasa) untuk suku akhir kedua....

Semoga bola sepak negara kita bertambah maju... Janganlah kita terlalu taksub terhadap sesebuah pasukan sehingga sanggup memaki saudara kita sendiri. Be a profesional. 

Pasukan pilihan saya? 

Dah tentu KEDAH negeriku...

"Biar jasa jadi kenangan"







12 comments:

  1. tak selesai2 lagi kemelut yang melanda ni kan ros??? memang kontroversi betul....

    ReplyDelete
  2. sy sokong perak...yeay...walaupun perak hampess..tetap gak sokong .. :)...

    ReplyDelete
  3. ada tengok dalam berita tapi saya tak amik kisah sbb tak minat bola

    ReplyDelete
  4. haha. xmasuk campur.
    be positif kan
    kedah maju..

    ReplyDelete
  5. sis minat bola eh??hehe sama lah kita...

    ReplyDelete
  6. Sedih juga baca komen2 mereka yg taksub sgt dgn sukan bolasepak ni, makihamun sesuka hati..aduhai..sedih dibuatnya..

    Pepun hidup KEDAH! :-) alamak en suami org johor pula..mujur kami takla addicted sgt..hee..

    ReplyDelete
  7. Tak berapa minat sangat dengan bola. Hihi.

    ReplyDelete
  8. Kdg2x skrg ni bola byk kontroversi je..aksi ats pdg gitu jgk...mmm

    ReplyDelete
  9. lorh. kemelut apa pulok nih? mls la nk amek tau psl bola haha :p

    ReplyDelete