My Top 10 Must Buy And Christmas Wish List from Althea Korea. Hye! Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Ibarat lagu dan irama gitu. Haa macam tu lah jugak diri Cik Rose.
Cik Rose memang sukakan beauty product, tak kisahlah skincare atau make up. Seronok scroll instagram di beauty side. Alahai, macam nak cuba semua!
Cik Rose juga adalah salah seorang dari berjuta peminat korean beauty. Aduhai, bestnya kalau dapat. Cik Rose memang dah cuba dan yang bestnya skincare dari Korea sesuai dengan wajah Cik Rose.
Kalau dulu, mungkinlah susah nak dapatkan barangan Korea. Sekarang ni, semuanya dah di hujung jari! Order dari Althea sahaja. Pilih-pilih, dan tunggu barang sampai terus dari Korea ke rumah kita. Yeayyyy!!
Cik Rose happy dan over excited tiap kali terima parcel pink dari Althea tau!
Apa yang best di Althea ?
Ok sejujurnya dah banyak barangan yang Cik Rose dah cuba dari Althea. Uniknya, Althea sendiri ada keluarkan barangan penjagaan wajah jenamanya sendiri! Di Althea, bukan sahaja ada product Althea, malahan banyak lagi jenama terkenal turut di jual.
Ok, jom tengok 5 product yang korang mesti beli di Althea Korea!
My Must Buy Product from Althea.
1. Althea Bare Essentials Set
Price : RM 104.40
Buy here : https://my.althea.kr/bare-essentials-set
Terdiri dari Contour cleanser, prime water dan fixer cream. Korang wajib cuba. Percayalah. Memang best. Rasa segar wajah lepas pakai. Bila Cik Rose displin pakai, kulit lebih lembut, bersih dan sedikit cerah.
2. Real Fresh Skin Detoxer
Price : RM77
Ni mesti pakai hari-hari. Pagi pakai yang Rose dan malam pakai yang green tea. Cik Rose dah masuk tiub kedua dah ni. Antara product yang akan Cik Rose continue dan akan jadi risau bila dah nak habis. Hihi.
3. Petal Velvet Powder
Price : RM16 ( translucent dan warm beige) RM17 (pink lavender)
Buy here : https://my.althea.kr/petal-velvet-powder
Petal velvet powder ni loose powder la. Mesti ada dalam beg ni. Senang nak bawa ke mana -mana, nak touch up muka sikit kan. hihi. Ada tiga jenis. Translucent, warm beige dan pink lavender. Yang paling Cik Rose suka adalah pink lavender. Limited edition tau. Korang kenalah cepat beli, Cik Rose takut habis je. Nanti jangan nak nangis-nangis. hikhik.
4. Milk Peel Cream Mask.
Price : RM36
Buy here : https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask
Eh yang ni, Cik Rose baru je cuba dal sebulan macam tu. Dan terus jatuh cinta! Senang sangat pakai. Seakan magic, sebab mula-mula pakai macam krim.Bila di biarkan seketika berubah buih. Lepas cuci muka, memang akan rasa perubahannya. Cik Rose pakai dua kali seminggu.
5. Petal Velvet Sunaway
Price : RM43
Buy here : https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask
Petal Velvet Sunaway ni mesti pakai hari-hari. Ringan je teksturnya dan tak merubah tona kulit wajah tau. Highly recommended!
Ok, kalau di atas ni adalah 5 product yang mesti Cik Rose beli dan korang juga beli. Cik Rose nak senaraikan juga 5 product yang ada dalam wishlist Cik Rose. Manalah tahu, sebelum akhir 2018 ni, Cik Rose berjaya dapatkannya. ~ hope so.
My Wish List Product From Althea
1. Phyto Niacin Whitening Essence
Price : RM52
Buy here: https://my.althea.kr/whitening-essence
2. Dear, Klairs' Supple Preparation Facial Toner
Price : RM76
Buy here: https://my.althea.kr/supple-preperation-facial-toner
Sejenis terpengaruh dan tergoda dengan video di instagram. hihi. Cik Rose guna toner local je sekarang. Baru-baru ni, Cik Rose tengok satu post di instagram tentang toner dari Klairs ni. Eh macam best je. Nak pula, kulit wajah orang yang post tu bersih je. Bertambah berkobar-kobarlah Cik Rose ni. Lepas cuci muka, kita kenalah pakai toner kan. Ia melembabkan wajah, menyeimbangkan tahap ph wajah.
Oh Althea, I want this. 3. Power 10 Formula VC Effector
Price : RM30
Buy here : https://my.althea.kr/power-10-formula-vc-effect
Cik Rose memang nak sangat VC Effector ni. Mengandungi vitamin C. So, korang tahulah mesti best kan. Ada fungsi brightening je, cepat benar hati Cik Rose tergoda!
4. Matt Cushion dari Chica-Y-Chico
Price : RM58
Buy here : https://my.althea.kr/matt-cushion
Sebelum ni, Cik Rose gemar pakai cushion. Mudah, cepat dan yang pasti cantik hasilnya. Tak payah nak pakai banyak step make up kan. Bila baca ramai yang review best Matt Cushion ni di website Althea, Cik Rose tak sabar nak cuba jugak!
5. Art Class By Rodin Blusher
Price : RM60
Buy here : https://my.althea.kr/by-rodin-blusher
Blusher dan Cik Rose ni umpama rakan karib. Hahaha.. Sesetengah orang tak suka pakai blusher. Takut warnanya terlalu menyerlah. Tapi, Cik Rose memang suka pakai blusher. Barulah ceria kan. So, Cik Rose tengkk blusher ni ada tiga shade. Mesti cantik warnanya kalau di mix kan dan di sapu lembuy di wajah. Tak sabarnya nak try!
Shopping Beauty Product from Althea!
Cik Rose dah pun senaraikan 10 produk di Althea Korea. 5 produk dalam kategori must buy dan 5 produk lagi adalah impian Cik Rose.
Korang dah ada yang berkenan ke? Untuk lebih banyak pilihan, bolehlah terjah laman web Althea https://my.althea.kr
Ada banyak diskaun dan promo dari Althea sempena Cristmas ni. Jomlah tengok-tengok. Comfirm tersuka dan akan beli.
15 Comments
Loving the info on this site, you have done great job on the posts.
ReplyDeleteperghhh semuaa sepuluh produk di atas sangat menawan! makin jelita la cik rose lepas ni :D
ReplyDeleteCik rose.. zaza pun rambang mata kalau tengok althea ni.. Tapi biasa zaza suka usha makeup dan penjagaan rambut
ReplyDeleteSemua produk menarik dan best. Ada beberapa dah cuba pakai juga :)
ReplyDeleteWah must buy tu pon sme ngn kita.. Hehe.. Kita pon xsbr nk beli dr list wishlist..hopefully santa althea tunaikan. Hihi
ReplyDeleteSukalah matt cushion dgn blusher tu..nti boleh try
ReplyDeleteNk try Althea Sunaway tuuu.. Gaji masuk kang nak beli. Nice list..
ReplyDeleteCik en suka yg set bare.. mmg best pakai
ReplyDeleteKita tak sempat buat.. Susah takda masa.. Anak pulak kacau je.. Ahahha.. Takpea takde rezeki.. Best semua barang yang awak pilih.. Silalh shopping.. Kita temgok jele.. Hehehe
ReplyDeletewah. kesemuanya diatas TB sukaaa.. memang sekarang giler tengok barang2 Althea
ReplyDeleteAdudududu seronok nyerr tengok barang2 althea ni. Packaging dah la comel2
ReplyDeleterasa macam nak try yang peel cream tu, dia sapu pastu ada buih kan, macam best je
ReplyDeleteWah! I spotted some of my favourite items juga la. I tak pernah cuba Art Class By Rodin Blusher but nampak cantik color nyer
ReplyDeleteAda few brand Sally macam tak pernah dgr nama ni..hehehe
ReplyDeletetergoda tengok blusher tu
ReplyDelete