Sunday, February 16, 2014

KENANGAN TENGOK BOLA DI STADIUM LARKIN

Sejak dah berkahwin ni, minat pulak tengok bola kat stadium.. hihi.. Saya ni memang minat tengok bola. Tapi, memang tengok kat rumah je.. Lagi selesa kan. Boleh duduk gaya bebas gitu.. Siap boleh baring ke ape ke kan.. Nak makan apa pun boleh.. Nak gi toilet ke.. Nak kutuk reff ke, player ke lebih terbuka .. hahah.. Lagi satu, boleh tengok muka player dengan jelas.. sape yang kena kad, sapa yang bubuh gol..

Kalau kat stadium ni, duduk statik je.. Makan kacang/kuaci.. atau pun burger je.. Minum air kotak.. Nak kutuk reff atau player, kena pandang depan, belakang, kiri, kanan dulu.. hihihi.. Kang tak pasal tak keluar stadium.. Eh, jangan tiru aksi ini.. hahhaha..

Kat atas tu perbezaan tengok kat rumah dengan kat stadium..

Tapi, sesekali tengok kat stadium ni, best tau. Meriah gitu.. Nak-nak pulak kalau tengok pasukan yang kita minat ni kan.. Setakat ni, saya dah tengook perlawanan antara JDT menentang Perak dan JDT menentang Kedah.. Dua-dua kat Stadium Larkin.. Tapi, pasukan yang saya sokong adalah pasukan yang berlawanan dengan tuan rumah tu.. hihihi.. Kebetulan la.. Perak ni legend tau.. Saya minat dari zaman sekolah rendah lagi.. Sape tak kenal Kapten Ahmad Shahrul Azhar masa tu.. Dengan pandai main bolanya, dengan hensemnya.. hihihi.. Lepas tu, Khalid Jamlus.. Wah memang memori semua tu tau.. Kuning+hitam masa tu meriah jer.. Kejor yop kejor.. Walaupun saya ni bukan orang Perak, tak bermakna saya tak boleh sokong Perak kan.. Time tu, memang minat giler dengan Perak tau.. 

Masa pun berlalu dan terus berlalu.. Kemudian saya minat negeri saya pulak, Kedah... Zaman double treble... Kedah menang semua piala.. Wah masa tu meriah sungguh Stadium Darul Aman... Dengan hijau kuningnya.. Sape tak kenal Akmal Rizal, Baddrul. Khyril Muhaimeen, Paklong, dan lain-lain..  Semua tu dah jadi kenangan yang manis.. 

Kat bawah ni, saya kongsikan sekeping gambar saya dan suami serta penyokong Kedah di Stadium Larkin. Sumber gambar ni dari facebook penyokong Kedah.


Cer cari mana saya?.. hihi.. Senang je nak cam kan.. Walau pasukan yang disokong berbeza, tapi hubungan antara penyokong masa tu, harmoni jer.. Ok je.. Macam ni lah bagus untuk pembangunan bola sepak negara kita.. Berkali-kali saya ingin berpesan kepada semua peminat bola sepak, janganlah bermusuhan antara penyokong. Tak ada faedah tau.. 90 minit kita bermusuhan, lepas tu kembali seperti biasa.. Tolong faham ayat "bermusuhan" yang saya gunakan. Bukanlah bermusuhan betul-betul.. Cuma kita berbeza pasukan je kan.. Akhirnya kita kembali seperti biasa. Janganlah kutuk team lawan tu kaw-kaw,.. Dan jangan terlalu menabal sikap "kenegerian". Kerana dalam team yang kita minat tu pun, ada je player dari negeri lain.. Banyak contoh, nak saya bagitahu ke?.. Tak yah lah.. hihi...


7 comments:

  1. Kdg2x biasa la probokasi peminat bola...klu xblh trima mmg pyah la jawab ye..

    ReplyDelete
  2. nampak tudung warna purple kan.
    aamiin

    ReplyDelete
  3. saya suka tgk player je kak.. hehe

    ReplyDelete
  4. kalo deqla jgnkan stadium, kat tv pun x tgk..hahaha.. ate, x minat bola.. ros tudung purple eh..

    ReplyDelete
  5. Xde faedah pon kutuk2 ni, kita kan semua org Malaysia :)

    ReplyDelete
  6. cikna baru sekali tengok bola kat stadium.. tp mmg lah semangat dia tu lain mcm kan.. tak sama mcm tgk dpn tv.. ramai2 lak tu lg best..

    ReplyDelete