Kadang kala dalam realiti kehidupan kita memang terjadi perkara sedemikian kan?.. Jangan memandang komik di atas dari satu sudut sahaja. Cuba luaskan imaginasi kita dan kaitkan dengan kehidupan kita seharian... Samalah jua dengan pepatah, " kuman depan mata tak nampak, tapi gajah seberang jalan , nampak".. Kan?.. Kan?..Kan?...


Kawan-kawan, dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni, jaga kesihatan yer.. Saya sendiri pun tak lepas dari mengalaminya.. Tiba-tiba demam panas mengejut hari Khamis lepas, dengan selsema, batuk dan lelahnya... Kini, beransur sikit.. Tapi, masih batuk dan kepala masih rasa terhoyong-hayang .. Nak telan ubat pun dah tak lalu.. Bila minum air masak, tekak rasa pahit je.. Pengajarannya, masa sihat, jangan sesekali abaikan minum air masak yang cukup.. 


Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dari Allah...