Ni yang buat cheq rindu nak balik kampung ni!

Aduhai.. bestnya.. Tadi bukak FB, ramai member Kedah yang updated pasal ni.. Ni yang cheq jeles ni.. hihi... Kat JB pun ada je. Tapi, suasana dia lain tau. Nak kat kampung sendiri jugak..

Mohon husbandku sayang, jom kita balik kampung. hikhik.
Macamlah senang nak balik tu. Cuti takdak! huhu.. dah tinggal berapa je ni.. 


Sumber : SiNAR HARIAN
ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu.

Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani.

SUMBER : FB