Monday, May 26, 2014

PENGALAMAN DI AQUARIA KLCC



Masa cuti Hari Wesak yang lepas, husband saya ajak jalan -jalan kat Aquaria, KLCC.. Dia kata, jom jalan-jalan sebelum di pindah ke Batu Pahat.. Saya pun on je la kan.. Bertolak dari JB pukul 7.30 pagi , dan sampai sanan dalam pukul 11 lebih la.. 

Ok, kat bawah ni saya sertakan harga tiket masuk .. Mana tahu, ada yang berminat kan :)


Participant

Aquaria KLCC Entrance Fees

With MyKad / MyKidNon MyKad / MyKid
ADULTRM38RM50
CHILD (3-12 years old)RM28RM40
SENIOR CITIZEN
(60 years and above)
RM28RM30


Husband saya memang minat .. Terutamanya ikan, burung dan kucing.. Sebab tu kat rumah memang kitorang jaga burung dan ikan. Tapi, kucing tak ada. Sebab saya ni penakut kucing, dan lelah.. Cuma ikan dan burung je peneman.. hikhik.. 

Kitorang pun bayarlah tiket untuk dua dewasa. RM38 seorang. Dan jumlahnya RM76 :)
(tiba-tiba teringat memori di Zoo Taiping. Saya dan family saya gi sana. Masa tu umur 21 tahun. Tapi, dapat tiket kanak-kanak.. Sebab dia ingat still sekolah lagi.. Ko rasa?.. hahah.. Tak awet muda gila-gila ke.. hikhik)


Ok, berbalik kepada cerita Aquaria KLCC ni.. 

Masa first masuk, kita akan nampak ni :


Ikan Piranha.. Tapi, sayangnya tak dapat tengok dia makan. Sebab masa makan dia pukul 4 petang.. Tapi, takpe.. Kita teruskan perjalanan kita.. Masih banyak yang harus diterokai kan :)

Lepas tu kitorang ke kolam kecil.. Ada Patrick! Ye Patrick sponge bob tu.. hihi.. Eh taklah.. Tapak Sulaiman.. hihihi..


Saya ingatkan lembik.. Rupanya keras tau.. suami saya pegang dulu.. Dia siap angkat ke atas.. Tapi, jangan buat tau.. Orang tu tak bagi.. Kalau nak pegang, pastikan anda tak pakai losyen . Lepas tu, kalau nak ambik gambar tak boleh bukak flash.. Dikhuatiri ikan dan hidupan laut akan menjadi buta.. Itu yang dimaklumkan kepada kami.. Saya hanya sentuh sikit je. Sebab memang dasa rpenakut. Takut apa ntah.. hahahha..

Kat bawah ni pula ular. Eh, gegirl keliru jap.. ada ular dalam ni?..


Yang ni pulak spiderman.. Besar kan.. Kalau dia sengat, macam mana lah kan.. 


Kat bawah ni antara gambar yang sempat kami tangkap :



Ok, part yang paling best ialah kat skrin besar ni.. Kebetulan masa saya masuk tu, dorang buat pengumuman.. Time makan.. Yeay! Dapatlah tengok ikan-ikan tu diberi makan oleh penyelam dorang.. Semua pun dah berebut duduk depan skrin tu.. Rata-rata yang dapat duduk, budak-budak dari rombongan sekolah. Dorang lagi awal kan.. hihi.. Saya dan husband berdiri je..

Best tau bila tengok tu.. Nampak je penyelam tu, ikan-ikan tu dah datang serbu dah.. Nak makanan.. Berebut-rebut.. Ya Allah, indah sangat masa tu.. Dapat tengok segala macam jenis ikan.. Yang best masa nak bagi ikan pari makan tu. Mulut dia kan kat bawah.. Comel je rasa.. Penyelam tu pegang dan hulur kan makanan kat mulut dia.. 

Jom kita tengok antara gambar yang sempat saya ambill. Kualiti gambar biasa-biasa je tau.. Sebab guna zoom.. dan tak de flash. Ya Allah, banyaknya ikan..
 Ni baru tengok kat sini.. Dekat lautan macam manalah agaknya.. Subhanallah !














Gambar ni seolah-olah penyelam ni pandang kat kita pula.. hihi.. Sempat posing tu :)






Gambar ni yang paling saya suka.. Besarnya ikan ni.. 
Nasib baik sempat ambil gambar bila penyelam tu pegang :)







Itulah saja yang dapat saya kongsikan..

Tercari-cari tempat nak bawak anak cuti sekolah ni?..  Apa kata bawak anak-anak ke The Aquaria,KLCC. Mesti dorang seronok :)

Kalau dah saya yang besar ni pun seronok, budak-budak lagi seronoklah kan :)


Lepas je keluar dari The Aquaria ni, terus gi makan dulu.. hihi.. Then, gerak balik JB semula.. Sekejap je kat KL.. Pegawai husband call, ada emegency pula.. Takpe, demi negara kan .. sabar je lah :)



23 comments:

  1. Nasib baik kena panggil bertugas selepas jenjalan. Kalau tak memang kesal tak dpt ke Aquaria..

    ReplyDelete
  2. Dah pernah pergi tahun 2011.. dah lama kot.. la ni budak2 dah besar tak heran dah nak tgk ikan..
    nway..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose sampai sekarang teringin lagi nak gi :)

      Delete
  3. laaa da bakper x de gmbr berdua... selfie dgn ikan ke he3

    ReplyDelete
  4. wao best nye..agak2 sama tak denga underwater world di Langkawi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose tak pernah ke Underwater world Langkawi.. Jadi, tak tahu macam mana..

      Delete
  5. lama dah nak gi.. tapi tapi gi gak.. :D

    ReplyDelete
  6. wahhh best juga ni. thanks haring rose

    ReplyDelete
  7. ok jugak kan harga tiket dia
    berbaloi kan

    ReplyDelete
  8. bestnya...

    saya tak pernah lagi sampai sini...

    ReplyDelete
  9. Wahhh bestnya.. ticketnya agak mahal tapi nampak mcm berbaloi je ^^
    Err tak nampak pun ular dalam tu, ntah-ntah dia dah lari keluar dari aquarium dia? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh, kalau keluar dari aquarium, seramm. hihihi

      Delete
  10. boleh tahan juga harga tiketnya tu.nak santai sekeluarga kena buat bajet jugak nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. kalau ramai, memang terasa jugak. sebab Rose berdua je masa tu, sebab tu rasa ok.

      Delete
  11. Macam best jer ni.. ni nak pergi ni..

    ReplyDelete
  12. oh yeke? Rose tak pernah ke Langkawi punya. nanti nak try jugak.

    ReplyDelete