Tuesday, July 15, 2014

DILEMA CUTI RAYA SEORANG PERANTAU



Wah.. tajuk tu bukan main lagi.. Dilema seorang perantau.. Eh tak cukup lagi tu. Nak tambah sikit.. Dilema seorang wanita... Dilema seorang isteri pejuang negara(hikhik),... Dilema seorang anak manja.. Dilema seorang menantu yang penyayang.. Dilema seorang penjawat awam.. Hah, banyak benar dilemanya tu..  Hari ni kan kita masuk 17 Ramadhan... Kurang dua minggu lagi kita akan menyambuat Syawal.. Ramai yang dah apply cuti raya dan dah pun diluluskan... Betul kan?... 

Macam saya ni pun, dari last week lagi CC minta kitorang apply cuti kat HRMIS ni ha.. Tengok rakan-rakan lain senang je isi HRMIS dan lulus dah pun cuti dorang... What about me?.. huhu.. Semua sedia maklum, saya ni orang Kedah dan bermertuakan orang Kedah.. Jadi, memang dalam plan destinasi raya kami tahun ni pun mestilah KEDAH kan..  Saya ni duduk Johor Bahru, suami pula duduk Batu Pahat.. Kalau saya ni bujang, senang je mohon cuti dan tanpa ragu-ragu balik kampung nest week.. hihi.. Tapi, saya ni isteri seorang tentera.. Nak-nak pula unit Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia.. Kenalah bersaing kalau nak cuti raya, sebab semuanya beragama Islam.. Ada peringkat-peringkat untuk cuti raya.. Yang saya tahu, ada 3 peringkat.. Peringkat pertama tu akan bercuti seminggu sebelum raya hingga raya kedua... Peringkat kedua, 4 hari sebelum raya hingga raya keempat.. Peringkat ketiga pula, start raya kelima.. So, sekarang ni saya dok berdoa dan berharap, agar suami saya dapat peringkat kedua la... Moga dipermudahkan.. Barulah link dengan cuti saya.. Saya ni kan penjawat awam..  Andai kata, kita raya Isnin, saya hanya perlu ambil cuti hari Ahad, Rabu dan Khamis je, then dapatlah seminggu. Kan jimat cuti namanya tu.. hikhik.. Tapi kalau suami saya dapat peringkat pertama atau ketiga, musnahlah plan cuti raya tu.  Cuti rehat dahlah tak banyak mana yang tinggal ni :(

Lagi satu, tahun ni sepatutnya giliran keluarga saya, lagilah saya tak sabar-sabar nak balik raya..  Tahun pertama kami berkahwin. tak balik kampung beraya tau.. Sedih..Raya di perantauan.. Masa tu tahun 2012, saya masih bekerja di KL dan suami di Johor Bahru.. Suami saya tak dapat cuti raya masa tu. So, tahun tu kitorang beraya kat JB je berdua.. Tahun kedua iaitu tahun lepas pula, kitorang balik Kedah.. Alhamdulillah.. Tapi giliran rumah mertua dahulu, baru rumah saya.. So, tahun ni opkoslah rumah keluarga saya :)


Moga dipermudahkan untuk mendapat cuti.. Tak naklah lagi raya di perantauan :)

Teringat rendang ayam mak, rendang daging, kuah kacang,.. Aduhai... Rindu aih... La ni datang kerja pun asyik  melihat kalendar.. Situasi biasalah tu kan :)


13 comments:

  1. Moga suami reeza dpt cuti peringkat kedua...mmg sedih kalau raya di perantauan...huhu

    ReplyDelete
  2. MV dah lulus dah cuti bab cuti raya bos mmg bagi kelonggaran

    ReplyDelete
  3. cuti saya dah approved..alhamdulillah..
    dok JB katne nih..

    ReplyDelete
  4. jijah lagi la jauhh.. tiap tahun xdpt raya.. sedihnyaaa... harap2 tahun ni dapat beraya balik semenanjung

    ReplyDelete
  5. Semoga urusan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  6. in shaa Allah smga dapat peringkat kedua tu ye ros. x lama dah kan..

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan..semoga mendapat cuti la yew..hehe :D

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan cuti tu. InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. Haihh..memang sedih kalau beraya di perantauan..Lagi-lagi kalau masih ada ibu bapa dan keluarga..Semoga dipermudahkan ye..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  10. InsyaaAllah mudah2an dipermudahkan urusan ye.

    ReplyDelete
  11. Banyak betul dilemanya tu.
    Diharap semua dilema akan terungkai.

    ReplyDelete
  12. ooo orang Kedah...area kat mana..semoga dipermudahkan yer..

    ReplyDelete
  13. askar ramd memg sush sket nk cuti raya ros kne ikut giliran.. suami akak ramd gak tp sjak die tukar kt upnm.dh xde mslh pun

    ReplyDelete