Apa khabar semuanya?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. Hari ni, 28 Syawal.. Hampir tiba ke penghujung Syawal...

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas di bumi ini..

Hari ni, bekerja macam biasa. Dan dah jadi rutin biasa bergerak dari Batu Pahat pada setiap pagi Ahad ke Jb untuk ke tempat kerja.. Alhamdulillah, suami dapat hantarkan.. Suami memandu dari Batu Pahat ke Jb, dan terus bergerak ke Batu Pahat semula, selepas menghantar saya ke tempat kerja.. Bekerja seperti biasa selama seminggu, kemudian petang Khamis saya akan ke Batu Pahat semula.. Kadang-kadang naik bas, kadang -kadang suami datang ambil.. Dan begitulah seterusnya. Setakat  ni dah 4 bulan melaluinya... Moga ada rezeki untuk bertukar.. 


Basahkan bibir kita dengan zikir :)