Hari Jumaat lepas punya cerita.. Saya buat laksa.. Kebetulan adik saya ada. Datang dari Kedah.. Kitorang ni hantu laksa. hihi.

So, saya buatlah laksa  hari tu..

Mesti ramai yang suka makan laksa kan?.. Sedap kan?... hikhik.
Selain laksa penang, saya suka jugak makan laksa Johor dan laksa Sarawak :)

Kat sini saya selitkan sekali resepinya.. Buat simpanan saya sendiri jugak sebenarnya... 

RESEPI LAKSA PENANG STYLE ROSE

Bahan-bahan untuk kuah laksa :

2 kg ikan kembung
 Bawang besar-kisar
  Belacan-kisar

2 senduk cili kisar (lebihkan kalau suka pedas)
 Asam keping secukupnya
2 bunga kantan 
2 ikat daun Kesum (saya memang suka letak lebih)
Garam

Bahan hiasan

Telur - rebus 
Timun - hiris
Daun selom-hiris

Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris

Limau kasturi 
Cili padi 

CARA-CARA :

1. Rebus ikan kembung. Kemudian asingkan isi ikan dari tulang.
2. Kisar isi ikan dulu. Kemudian, kisar jugak tulang ikan bersama air . Lepas tu, tapis tulang yang kita kisar tadi. 
3. Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga masak. Kemudian baru perasakan dengan garam.

Senang, kan :)


Laksa pula, rebus bersama asam keping hingga masak.


Tadaa..dah siap. Tapi, gambar saya ni tak ada telur pula.. Tak siap rebus lagi masa ni, terus nak rasa. hihi..




Alhamdulillah, kenyang makan hari tu. Dapat jugak beri pada kawan-kawan suami saya rasa :)