Wednesday, August 13, 2014

TERINGAT KUIH RAYA RUMAH MAK


Tiba-tiba teirngat pula kuih raya kat kampung.. hari tu masa balik cuti raya, rasa macam dah makan banyak dah.. Tapi, tetap tak puas.. Walau bukan air tangan mak, semua kuih-kuih ni .. hihi.. Sebenarnya lebih kepada rindu kat mak ayah dari rindu kuih muih ni. Kuih muih ni hanya penyebab je kan. 

Kuih-kuih raya ni hasil dari kami adik beradik yang belikan. Hee, juga bukan air tangan kami.. Tak tahu kenapa, tahun ni macam tak berkesempatan nak buat sendiri.. Rasa macam masa tu pantas je berjalan :)



Sedap-sedap belaka kuih raya  ni tau. Hahha. Perasan. Kuih kegemaran saya sudah semestinya kuih yang berasaskan coklat dan badam. Sodap aih!

Tapi, biasalah masa hari raya tu, bukan nak makan sangat kuih-kuih ni semua. Tekak sibuk melayan ketupat, lemang dan rendang kan.. Bila dah hujung-hujung ni, barulah nak mencari kuih raya..


18 comments:

  1. Sekarang ni kuih raya beli pun sedap-sedap juga itu yg buat kita semakin malas nak buat - tunjuk, hulur duit dapat hihi...

    ReplyDelete
  2. kita tahun ni gila makan kuih raya..kurang plak makan rendang ketupat..ntah tak tahu kenapa..haha..

    ReplyDelete
  3. betui la .. aku pun trasa nk mkn kuih raya .. hari raya pertama tu dok pulun mkn ketupat je .... berulang2 kuih raya tak sentuh pun ....

    ReplyDelete
  4. sedapnya tu..meriah raya kerana biskut memeriahkannya hehehe

    ReplyDelete
  5. sedap2.... tp thn ni kuih raya umah akak ada kureng skit... ada 2-3 jenis je biskut raya tp umah mak kt kampung jenuh mkn banyak sgt

    ReplyDelete
  6. Semua kuih tu akak suka, ehh lupa pulak nk cakap terima kasih ros sudi singgah d bog akak so ini kunjungan balas :-) rajin2 lah sunggah ye :-)

    ReplyDelete
  7. Betul..betul..betul.. dekat2 nak habis raya baru sibuk mencari biskut raya.. masa biskut tengah banyak buat2 tak nampak jer.. dah naik lemau baru sibuk nak makan..=D

    ReplyDelete
  8. Betul..betul..betul.. dekat2 nak habis raya baru sibuk mencari biskut raya.. masa biskut tengah banyak buat2 tak nampak jer.. dah naik lemau baru sibuk nak makan..=D

    ReplyDelete
  9. akak dah beberapa tahun tak buat kuih raya, tapi mak akak paling terer buat kuih ros..cuma kesiahatn dia dah tak mengizinkan...

    ReplyDelete
  10. salam ros..
    cma raya pertama dan kedua dok mkn ketupat rendang je.. raye ketiga baru rasa nk mkn kuih muih..
    coklat nutshell sedapppp

    ReplyDelete
  11. wah, banyak juga kuih kan. rumah saya ada banyak kerepek je. heheh

    ReplyDelete
  12. akak teringat2 kuih raya kt umah..hahaha

    ReplyDelete
  13. Rumah saya xde.kue raya pun sebab saya sekarang mostly dok rumah mak.

    ReplyDelete