Masuk hari ketujuh dalam "10 DAYS CHALLENGE " . Hari ketujuh ialah 7 Most Wanted Wishlist.
Sebenarnya memang banyak wishlist pun. Kita tengok antara tujuh yang terpilih ok.
1. Keluarga Bahagia
Ini memang impian saya.. Nak memiliki keluarga yang harmoni dan bahagia.. Alhamdulillah, di atas kurniaan Allah.. Mak, ayah, suami, adik beradik, keluarga mertua... Mereka adalah harta yang amat bernilai.. Ni yang sedih tetiba ni.. Rindu family di kampung!
2. Anak-anak
Semua pasangan yang berkahwin menginginkan zuriat kan?.. Macam tu jugak dengan saya.. Saya berdoa moga Allah murahkan rezeki anak-anak buat saya dan suami, Muhammad Sabri. Juga buat semua pasangan yang menantikannya.. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
3.MEMBALAS JASA MAK AYAH
Moga Allah permudahkan saya untuk membalas jasa mak dan ayah.. MEamng kalau nak dikira, tak terbalasa kan. BEtapa besarnya jasa mak ayah pada diri ini. TApi, saya akan berusaha ke arah itu. Ija sayang mak ayah!
4. KESIHATAN YANG BAIK
Kesihatan amat penting buat kita semua.. Semua orang nak sihat. Tak ada yang nak sakit.. Tapi, janganlah mengeluh jika diuji.. Allah sayangkan kita.. Moga Allah berikan kseihatan yang baik buat saya dan semua agar kita dapat beribadah dan melaksanakan tanggungjawab kita..
5. RUMAH SENDIRI
Sebagai manusia biasa, saya pun ada impian.. Nak memiliki rumah sendiri bersama suami.. Moga Allah permudahkan urusan kami.. Harga rumah semakin hari semakin tinggi.. Dengan kos sara hidup yang bertambah.. Moga kami dapat memiliki rumah sendiri..
6. NAK TURUNKAN BERAT BADAN
Ecewah.. Malu pulak bila nak bercakap soal berat badan ni.. Hikhik.. Nak turunkan berat badan ni bukan saje-saje je. Tapi, ada misi penting. Moga Allah permudahkan.
7.NAK BERTUKAR KE BATU PAHAT, JOHOR
Sekarang ni saya kerja di JB. Suami saya dah pindah ke Batu Pahat, bulan 5 hari tu.. Moga dipermudahkan untuk bertukar ke sana.. PJJ dan saya ni macam dah sebati pula.. Masa baru kahwin memang dah berPJJ. Saya di KL dan suami di JB. Alhamdulillah setelah setahun berjauhan, saya dapat bertukar ke JB. Namun, bila saya di JB, suami pula terpaksa ke Batu Pahat. Kem Majidee telah di tutup dan satu kem tentera baru telah di buka di Banang, Batu Pahat..Berjauhan lagi kami.. Moga Allah bukakan jalan untuk saya bertukar ke sana.. Sebenarnya, agak perit bila berjauhan.. Masa bersama tu dah terbatas. Kerana tugas sebagai seorang tentera, mana ada istilah cuti hujung minggu.. Hujung minggu pun kena kerja. Dahla cerita tentang PJJ. Kalau nak cerita semua, kang ada yang tak sudi mendengar kan. hikhik.. Hanya yang megalami, dapat merasai ...
Itu antara wishlist yang dapat saya kongsikan.. Mohon doa dari anda juga agar semuanya dipermudahkan. Terima kasih yer :)
15 Comments
Semoga tercapai semua impian sis ye.amin...
ReplyDeleteAmin,, terima kasih yer
Deletewow
ReplyDeletemoga semuanya tercapai..
ReplyDeleteaamiin.
Semoga tercapai whislistnya..amin
ReplyDeletesemoga semua hajat akan termakbul..
ReplyDeleteHaah la sis.kem majidi dah tutup. Xpela.doa byk2. Mudah2an dapat kembali di sisi suami. Tempat isteri di sisi suami kan..
ReplyDeletein sha Allah..akak JM juga doakan agar sebahagian wishlist tu tercapai dalam tahun ni aminnn
ReplyDeleteAmin. Terima kasih akak JM. Insyaallah.
Deletesemoga wishlist ros tu semua tercapai. Amin..
ReplyDeleteTq Jijah.. ;)
Deleteaamiin.. semoga termakbul yae rose.
ReplyDeleteRasa nak pindah johor..
ReplyDeleteamin amin untuk harapan dan doa doa akak :D rabbi yassir wala tuassir untuk segala urusan ya..
ReplyDeletein shaa Allah semua yg dihajatkan tercapai
ReplyDelete