KEDAH MELANGKAH KE SUKU AKHIR MENEWASKAN PERAK!



Alhamdulillah.. Kedah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Perak sebentar tadi, dengan jaringan 2-0. 

Memang berdebar je tengok tadi. Manakan tidak, Kedah memang perlu menang untuk layak. Tak boleh seri dan tak boleh kalah.. Alhamdulillah, menang tadi, sekaligus muncul sebagai juara kumpulan B. 

Jaringan yang terhasil pada minit 72 oleh Billy Mehmet meletakkan Kedah dihadapan. Manakala pada minit ke 76, Badrol Bakhtiar menggegar gawang Perak.. Mengukuhkan lagi kedudukan Kedah.

Kedah bakal menentang Kelantan pada peringkat suku akhir yang dijadualkan pada bulan Oktober kerana memberi laluan pada kejohanan Sukan Asia... 


Alhamdulillah, senyum ja malam ni :)



Post a Comment

8 Comments

  1. Tahniah penyokong hijau kuning! !

    ReplyDelete
  2. ahakss..cara Ros menulis udah se[erti pengulas bola sepak pulak..tahniah kedah sbb boleh sampai ke suku akhir tu

    ReplyDelete
  3. Lebar senyum tu xD

    ReplyDelete