Agak sibuk hari ini.. Pagi tadi datang awal kerana saya terlibat dengan urusan temuduga. Jawatan Penolong Penguasa Kastam gred W27. Saya jadi urusetia temuduga ye, bukan calon. hihi.
Macam-macam ragam calon yang dapat saya tengok. Ada yang kelihatan sudah bersedia.. Dokumen yang lengkap dan pakaian yang kemas.. Ada yang gementar. Biasalah kan, saya dulu pun gementar masa interview.. Ada yang kelihatan bersahaja.. Sungguh tenang..
Apapun, semoga berjaya buat mereka tadi :)
Dan buat mereka yang bakal menghadiri temuduga, selamat membuat persediaan. Bacalah apa yang patut tentang kastam.. Nama-nama penting dalam Jabatan Kastam. Bacalah serba sedikit tentang tugas jawatan yang dipohon, perihal GST, dan isu semasa.. Bila dah melalui temuduga, hanya berdoa dan tawakal.. Jangan putus asa..
Lagi satu, jangan ambil mudah perihal pakaian.. Pastikan mengikut etika berpakaian untuk menghadiri temuduga.. Sediakan dokumen yang lengkap.
Kalau dapat panggilan temuduga tu, pergi je lah.. Jangan lepaskan peluang ye kawan-kawan. Memang bukan mudah nak dapat kerja, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha kan :)
Semoga berjaya buat semua ;)
14 Comments
salam singgah. belum pernah berjaya ke temuduga :(
ReplyDeleteAkak keje kastam ke? Hehe. Sy baru nak amek exam ulangan kastam esok sbb sabtu haritu ada prob dgn sistem dia :)
ReplyDeletesemoga berjaya buat mereka...bagus tip-tip yg ros bagi ni..:)
ReplyDeletemesti mcm2 ragam dapat tgk time ni kan..
ReplyDeleteheee tak suka inteview,, rasa gementar.. sbb jijah ni berdarah gemuruh..
ReplyDeleteWahhh bukan calang2 org leh jd panel temuduga nih
ReplyDeleteamim....semoga doa dan DIA Maha mendengar doa puan Roshazareeza... yang penting berusaha dan yakin dengan apa yang kita buat... tips dari orang2 lama jangan lupa dan amalkan.. Alhamdulillah...tahun leps saya byk kongsikan kat kawan2 alam maya saya..gembira tak terhingga bila tahun ni dorang sakan beraya dengan permata hati yang di nantikan....
ReplyDeleteoww yaa.. bab temuduga ni..saya lalui sangat2 byk..tapi mungkin blm rezeki masa tu..sampai la umur dah 30an ni...hihihi...
puan jangan putus asa... mommylina sentiasa doakan...walaupun kitahanya kenal alam maya..perkongsian ilmu sangat memberi manfaat kan... salam perkenalan dan salam ukhwah puan...
ternanti2 juga..rupanya dah pgl untuk temuduga 27 nie..sobsobsob
ReplyDeleteaha.. betul tu ros. yang penting pergi je dulu tapi kena la bersedia.Kalau pergi je tak tau nak jawab apap susah juga hikhikh..
ReplyDeletebaca entri ni ingat plak akak nak pegi interview next week..kecut perut!!
ReplyDeleteDah lama x rasai debaran tuk sesi temuduga... dah dekat 10 thn dok tempat sama je... hehe ;)
ReplyDeleteAdik ipar saya kalau pi temuduga memanjang lepas sebab dia pandai cakap.
ReplyDeleteGeneral knowledge mmg tiptop.
And, jenis confident.
bila nk.interview nih memg kena byk persediaan meetal n fizikal...penampilan sgt penting
ReplyDeleteHalamak.. interview *facepalm*
ReplyDelete