Agak sibuk hari ini.. Pagi tadi datang awal kerana saya terlibat dengan urusan temuduga. Jawatan Penolong Penguasa Kastam gred W27. Saya jadi urusetia temuduga ye, bukan calon. hihi.

Macam-macam ragam calon yang dapat saya tengok. Ada yang kelihatan sudah bersedia.. Dokumen yang lengkap dan pakaian yang kemas.. Ada yang gementar. Biasalah kan, saya dulu pun gementar masa interview.. Ada yang kelihatan bersahaja.. Sungguh tenang..

Apapun, semoga berjaya buat mereka tadi :)

Dan buat mereka yang bakal menghadiri temuduga, selamat membuat persediaan. Bacalah apa yang patut tentang kastam.. Nama-nama penting dalam Jabatan Kastam. Bacalah serba sedikit tentang tugas jawatan yang dipohon, perihal GST, dan isu semasa.. Bila dah melalui temuduga, hanya berdoa dan tawakal.. Jangan putus asa.. 

Lagi satu, jangan ambil mudah perihal pakaian.. Pastikan mengikut etika berpakaian untuk menghadiri temuduga.. Sediakan dokumen yang lengkap. 

Kalau dapat panggilan temuduga tu, pergi je lah.. Jangan lepaskan peluang ye kawan-kawan. Memang bukan mudah  nak dapat kerja, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha kan :)

Semoga  berjaya buat semua ;)