Sana sini orang dok bercerita tentang mangga asam boi. Kat fb cerita mangga asam boi. Kat instagram penuh gambar mangga asam boi. Kat blog-blog pun ramai yang kongsi resepi mangga asam boi yang tersedap dan mudah! Dok sembang ngan member pun, terselit cerita mangga asam boi. Amboi glamer sungguh mangga asam boi ni sekarang... Tekak ni pun mana boleh tahan kan. Asyik dok layang gambar je,  nak juga rasa sendiri kan. 

Apalagi, masa balik kampung last week,  terus ajak kakak saya, Kakyang buat sendiri mangga asam boi ni. Oleh kerana pokok mangga kat rumah kakyang takde buah,  kitorang ke Tesco cari mangga.. Hihi. Alhamdulillah ada rezeki kitorang. Beli buah mangga dua kilo dan sempat juga ambil buah jambu batu 4 biji. Tak dilupakan asam boi jugak. Balik tu, teruslah buatkan.. Memang sengaja potong panjang-panjang sebab lagi feel kot makan dalam bentuk tu. Semua dah tahu resepi kan.Sungguh mudah. Hanya perlukan buah mangga/ jambu/ epal hijau/  kedondong dan lain -lain. Campurkan dengan asam boi, gula, garam dan cili api. Tapi, saya letak sikit je cili tu. Sebab ramai budak -budak kat rumah. Kalau pedas kang menangis dorang. heehe... Tapi bila dah siap manalah budak-budak nak makan.. Mak budak je yang layan. hikhik.. 

Tadaa inilah hasilnya :-


Memang sedap. Nak nak bila kita dah sejukkan kan.. Aduhhh macam nak buat lagi je rasa. hikhik... Ada juga yang letak asam boi merah kan. Tapi saya lagi suka asam boi putih... Menangkap! 

Tapi antara mangga dan jambu tu, saya lagi suka mangga!