Semalam macam biasa, ternanti-nanti nak tengok drama Selamat Pengantin Madu. Kan ditayangkan pukul 9 malam, pada hari Rabu dan Khamis. Sekali semalam tak ada. Dah tukar drama lain pula.. Eh, dah kenapa takde ni.. Hihi.. Rupanya  baru perasan yang jadual tayangan dah berubah start bulan Oktober.. Selamat Pengantin Madu hanya akan ditayangkan pada hari Khamis sahaja, jam 9 malam. Hari rabu cerita lain. Aduhai, tak alert sungguh saya ni. 


Entah kenapa boleh terjatuh cinta dengan drama ni. Penangan Fasha Sandha la ni. hihi. Saya ni minat kalau Fasha Sandha ni berlakon. Menjiwai watak gitu. Kalau part sedih tu, memang sedihlah.. Lagi satu, lakonan isteri kedua, Eina Azman tu memang menjadi. Geram je saya .. Pandai noh bawa watak tu, sampai terbenci sekejap. hihihi.