Buat secawan kopi, konon nak minum sambil -sambil blogwalking. Maklumlah hari cuti, kerja rumah pun dah beres.. Konon nak bersenang-senanglah layan blog, gi blogwalking apa yang patut. Namun, apakan daya. Air secawan dah habis, blog tengah dok loading. Amboi, slownya line internetku ini. Celcom oh celcom, please help me.. Ni pun updated blog kena dok tepi tingkap. Hihi. Macam apa daaa.. Akhirnya, buat keputusan layan sukan Asia je kat astro arena. Bukan main syok pula tengok acara ping pong ni. Tak bosan pun. Rancak je game dia. Maklumlah pemain nombor 1 dan 2 dunia beraksi. Kedua-duanya dari negara China. Sorang umur 24 tahun dan lagi sorang baru 17 tahun.. Terbaiklah! Tiba-tiba teringat memori masa tingkatan satu dulu. Semua student kena daftar satu kelab sukan kat sekolah. Saya ni memang minat ping pong. So, saya bersama seorang kawan, namanya Wani gi daftar masuk kelab Ping pong. Masa nak daftar tu kami je pelajar melayu. Yang lain semua cina. Hari tu diadakan mesyuarat Ajk baru. Itulah kali pertama dan kali terakhir gi. Lepas tu dah tak gi. Tak ingat kenapa. Hahhaha. Yang saya ingat, tetiba saya berada dalam kelab bola jaring. Oleh kerana tak minat, tu yang tak aktif main. (Haa nampak tak permainan saya cover balik kenapa tak aktif sukan time sekolah?)...Tapi, sekarang ni rasa rugi pulak. Kalaulah saya terus duduk dalam kelab ping pong tu, entah entah dah bergelar atlet. Hahha Perasannya! Tapi, abang ipar saya memang main ping pong(abang suami saya). Wakil Navy main. Dah merata dah dia pi main dan menang banyak pertandingan.
14 Comments
ayu tak pandai lgsung nak maen
ReplyDeletenak pegang kayu pingpong tu pon xtau cara nye
hehehhe
Singgah petang sini
ReplyDeletesis klu balik kg , guna line celcom , mmg camtu lah gayanya . trafik sesak dek semua org kg guna celcom agaknya ...
ReplyDeletebersukan ni kena ada minat dan bakat..hehe
ReplyDeleteSaya x minat sukan.
ReplyDeleteHehe..
Bagus betul ros sebab active sports.
wah, akak kira hebat main ping pong la ni? saya ni apa-apa sukan pun x mnat. hahaha... kalau dapat suami gila sukan, mati den.. adeh.
ReplyDeleteramai gak yang cakap line celcom slow..sampai kena duk tepi tingkap, tu yang susah. heee
Akak pun sama macam Amy J.
DeleteSatu sukan pun x minat.
Hehe. Kak ros memang minat sukan ka? Sekarang try la main lagi kak mana tau pasni wakil ofis :)
ReplyDeleteKopi?. No no no.
ReplyDeletesaya sklah menengah masuk badminton ja..aktif tak aktif ja xtiviti kat skolah..ahaha..tgk orang main game mmg seronok
ReplyDeletekopi.. cam dah lama lak tak minum hehe
ReplyDeleteoh, secangkir kopimu menggoda akak di sini ;)
ReplyDeletemeh la ros minum kopi HKCC.. ikhtiar utk hamil..hehe
ReplyDeletekalau sis JM..keadaan mcm ni mmg xkan layan sport tu..lebih suka layan citer korea hahah
ReplyDelete