Alkisahnya, Jumaat lepas saya pergi pasar malam dengan suami saya di Senggarang, Batu Pahat.. Sejak suami berpindah ke Batu Pahat, belum pernah lagi kitorang pi pasar malam kat Senggarang ni. Sebabnya, baru tahu ada pasar malam kat situ. hihi.. Dalam 20 minit jugak dari kem suami. 

Sekali, ternampak ada jual laksa Penang. Eh, eh, lama tak makan aih. hihi. Terus pi kat situ nak beli. Ramai jugak yang beli. Murah tau. Seringgit je.. Teruslah beli.. Tapi takde telur la.. Cuma ada laksa, timun, bawang dan limau.. Itu pun dah cukup sebenarnya.. Balik rumah terus makan... Sedap! Baguslah peniaga ni jual macam ni. Sebungkus ni memang cukup-cukup untuk seorang makan. Baguslah kan, takdelah membazir.. Kadang-kadang kita ni bukan nak makan banyak kan. Memang puas hati!

Saya zoom gambar ni, tu yang nampak pinggan macam besar kan. Saya guna pinggan lauk tu, yang kecil tu :)

Semoga terus maju perniagaan pakcik tu :)