Wednesday, May 27, 2015

KEMBALI BERTEMU...



Assalamualaikum.


Agaknya musim lah sekarang ni. Badan ni dah demam, tekak sakit, kepala berat. Bila malam jer, rasa seram sejuk.. 
Minggu lepas, mak ayah kat kampung pun tak sihat.. Suami pun demam dan batuk.. Semalam, saya pula yang rasa simptom demam.. Moga cepatlah sembuh, tak nak lah melarat.. Sebab duduk sorang kan, risau jugak sebenarnya ni.. Moga diri kuat melawan virus-virus tu :)

Dalam sebulan dua ni, macam-macam perkara yang berlaku pada diri saya dan kerjaya saya. Ada perubahan yang positif, ada juga perubahan yang negatif. Apapun, saya ambil sebagai cabaran sahaja. Nak tak nak, kena jugak hadapi!

Perubahan tugas di pejabat, pada awalnya agak mencabar. Ditugaskan membuat kerja yang baru secara drastik. Permulaannya sedikit terkejut dan terbebann. Tapi, Alhamdulillah sekarang ni dah dapat rentaknya dan boleh melakukannya dengan baik. 

Hal perpindahan. Mendapat perkhabaran yang membuat hati saya sedikit lega. Ada sinar harapan untuk berpindah ke Batu Pahat. Doakan saya yer. Walau masih belum ada hitam putih, tapi hal ini sedikit melegakan saya. Moga dipermudahkan untuk saya berpindah ke Batu Pahat. 

Rindu nak berblog macam dulu. Aktif ke rumah kawan-kawan macam dulu.. Tapi, buat masa ni tak dapat lagi nak macam dulu, ada kekangan sedikit. Tapi, saya akan cuba sedaya upaya :)





11 comments:

  1. perasan jugak ros lama x berblog...semoga cepat sembuh ye.n semoga dapat berpindah seperti yang dihajatkan

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM ROS, patut lah lama tak nampak Ros busy ke?? smoga Allah permudahkan urusan Ros hari ni dah hari2 seterusnya ya

    ReplyDelete
  3. memang musim kak Ros, kat rumah ni pas sorang sorang kena batuk selesema.. saya dah lepas ni turn kakak saya pulak.. huhu :(

    ReplyDelete
  4. Singgah pagi...
    Semoga cepat sembuh dr demam...
    Tulah klu berlaku perubahan tugas..secara drastik..sedikit sebanyak memang akan menggangu cara kerja kita selama ni..nak buat kerja baru kena byk cabaran dan kena banyak bersabar..semoga dipermudahkan segala urusan..Amin...

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah ros
    sama la family kecik ciksu ni..
    sama sama kita doakan

    ReplyDelete
  6. mudah2an doa ros di makbulkan..amin...

    slo2=w2 yunk..buat rutin harian paling penting

    ReplyDelete
  7. Take care sis. Musim sekarang macam-macam sakit boleh datang.

    ReplyDelete
  8. singgah malam...

    jg diri..sekarang ni banyak sangat penyakit..maklumlah cuaca pn x menentu

    ttg perpindahan,semoga doa di makbulkan..
    aamin

    ReplyDelete