AMALKAN MAKAN BADAM BAIK UNTUK KESIHATAN |Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga baik-baik sahaja. 

Alkisahnya di pejabat Cik Rose ada yang ambil tempahan kurma dan kekacang. Juga buah-buahan kering. Dah selalu order kurma, jadi Cik Rose ubah selera, order badam pula. 

Nak amalkan makan badam di waktu mulut mintak nak mengunyah. hi hi.


Cik Rose pun ada terbaca tentang khasiat-khasiat badam ni. Banyak kelebihannya. Sebab tu nak cuba amalkan pula. 

Korang suka tak makan badam? Ada teman Cik Rose tak minat makan badam. Ada pula yang takut jerawat tumbuh. 

Lain orang, lain selera kan.