Assalamualaikum.

Hari ni, hari Deepavali. Ramai yang ambil cuti bersambung, kan?

Saya tak ambil cuti pun. Esok kerja macam biasa. Cadangnya minggu depan nak ambil cuti sehari. Nanti dapat 5 hari :) 
Hari Rabu dan Ahad iaitu 18 dan 22 November cuti di Johor :) 

Saya ni suka makan jagung. Sama dengan anak sedara perempuan saya, Dania. Tapi, saya lebih suka beli jagung dan rebus sendiri,. Nikmatnya makan. Kalau anak sedara saya pula, pantang nampak orang jual jagung, dia nak beli. hihi.


Kadang-kadang beli jagung lebih. Dapatlah buat cucur jagung. Campur dengan udang jugak. Sedap !