Assalamualaikum.
Selamat pagi. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan yang baik sahaja.
Pagi ini, marilah kita membaca Al Fatihah untuk dihadiahkan buat emak ayah kita. Buat orang-orang yang kita sayang. Buat orang-orang di sekeliling kita. Juga buat mereka yang telah meninggal dunia.
Minggu lepas, Cik Rose menerima berita emak Cik Rose di kampung yang diuji dengan masalah kesihatan. Bergegas Cik Rose pulang dari Batu Pahat ke Kedah menaiki bas. Hati ni hanya Allah sahaja yang tahu, Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setelah beberapa hari berikhitiar, Alhamdulillah. Dengan izin dariNya, mak Cik Rose beransur baik.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Jangan pernah menyalahkan sesiapa. Jangan pernah menyerah. Sentiasa berusaha dan berdoa. Insyaallah ada jalan.
Moga kita lebih saling sayang-menyayangi antara ahli keluarga. Jangan ada jurang yang memisahkan kasih sayang itu.
1 Comments
inshaaALLAH..
ReplyDeleteaamiin..
moga mak ros cpt sihat..