Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya. Moga sihat saja yer.
Dalam seminggu dua ni, banyak sungguh isu-isu dala negara kita hingga menjadi viral.
Dari isu politik, agama, kesihatan, sosial dan lain-lain.
Apa yang Cik Rose perhatikan, bila ada je sesuatu isu yang viral, ramai yang tak nak kalah. Maksudnya, yang tak terlibat dalam satu situasi tu pun, nak jugak memberikan komen/pendapat. Tak salah nak berikan pendapat/komen. Tapi, mintak tolong sangat supaya menulis atau meluahkan pendapat berlandaskan ilmu yang ada dalam sesuatu bidang. Jangan terlalu mengikut perasaan. Jangan selalu menggunakan perkataan 'benda ni dah jadi kat anak kawan jiran aku punya member bla bla bla'.. hihi. Maksud Cik Rose, benda tu tak sahih pun. Tapi dek kerana tak nak ketinggalan, tu yang komen jugak. Hihi.
Kadang-kadang bila terbaca, kita pula yang rasa nak jawab balik. Tapi, jangan cepat melatah. Sabar. Sabar itu kuncinya. Tahan diri dari terlibat dalam kemelut yang akan mengeruhkan keadaan.
Cik Rose pun hampir terjebak tadi. Baca satu post di fb, terasa panas jer. Astagfirrahalazim.
Nasib tersedar. Terus klik 'x'. Hikhik. Biasalah, kita ni manusia. Ada perasaan dan pendapat sendiri. Namun, cuba belajar berlapang dada dan menerima pendapat orang di sekeliling kita.
Bila kita positif, berkawan dengan individu positif, dalam suasana positif, InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.
Kawal emosi, kawal hati, kawal kata-kata, kawal tingkah laku.
2 Comments
isu viral skrg nih mmg kadang bt kita geram.... mmg to play safe bt dek je...
ReplyDeletekalau kite pun sama naik, kite pun duk jd viral nnti
betul tu cik rose akak setuju
ReplyDelete