RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SEDAP DAN MUDAH |Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja.
Hari ni Cik Rose nak kongsikan resepi yang senang. Kat blog ni, semua yang senang dan simple jer. hihi. Yang penting sedap!
Korang pernah makan masak asam? Tak kisahlah ikan, ayam atau apa sahaja. Cik Rose suka makan ikan masak asam. Makan dengan nasi panas-panas. Aduhai, sedapnya. Bertambah-tambah! Hikhik.
Ni Cik Rose cuba sendiri masak. Guna ikan jenahak yamh bahagian isi. Rupanya mudah je nak sediakan Ikan Masa Asam ni. Bahan-bahannya adalah bahan asas dalam masakan.
Jom, Cik Rose kongsikan resepi ikan masak asam yang sedap dan mudah ini dengan korang.
RESEPI IKAN MASAK ASAM SEDAP DAN MUDAH
Bahan-bahan :
2 ketul ikan Jenahak
2 ulas Bawang putih- diricih
1 biji bawang merah -diricih
2 batang Cili besar merah dan hijau
3 batang cili padi
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato
Air asam jawa (agak-agak)
Sedikit air
Sedikit garam
Cara-caranya :
1. Goreng ikan yang digaul garam dan kunyit.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili besar.
3. Kemudian masukkan air asam jawa.
4.Kalau terlalu pekat, tambahkan air.
5. Biar hingga mendidih, masukkan ikan, tomato dan bawang besar.
6. Perasakan dengan garam. Siap!
Mudah, kan?
Selamat mencuba.
Moga bermanfaat. Menu yang ringkas tetapi amat menyelerakan.
19 Comments
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteIya sedap. Lauk feveret Rose!
Deleteboleh la tambah dalam menu ramadhan ni.. selalu kering idea nak masak.. hihi.. tq share cik rose..
ReplyDeleteSama-sama Cikna... cuba tau...
Deletesedapnya
ReplyDeleteSenang je. Boleh cuba ni kalau kebuntuan nk masak apa kn..
ReplyDeleteIya simple sangat... kalau demam, memang teringin nak makan ni. Hihi
DeleteIya betul Kak Diana. Senang je masaknya dan cukup satu lauk ni je makan dengan nasi :)
ReplyDeleteTakde la masam sangat Cik akak tau... letak cili besar, seimbanh rasa dia :)
ReplyDeletesedapnye..time2 pose ni nmpk je resipi mesti nk try..lagi2 yg mudah dan ringkas kan
ReplyDeleterupanya macam masak taucu erk..hehee..wah bleh cuba ni..dah lama tak makan macam ni..kalau guna ikan bawal pun sedap..thank you cik rose kongsi resepi
ReplyDeleteSedapnya teringat masak asam arwah mak tapi kat umah kita menu ikan tak jalan... Tunggu lepas raya baru boleh buat.
ReplyDeleteAkak pun suka ikan masak asam. Selalu akak guna ikan tenggor kalau nak masak asam macam ni. Bahan semua sama ikan je lain. Akak tak pernah makan kman jenahak.. Caya tak?
ReplyDeleteUiks.. nampak sodappo. Meleleh air liur cik en tgk.. esok nk try buat la
ReplyDeletekita suka lauk gini.. kalau sahur xtau nk mkn apa..tgk peti ada ikan..msk je ikan asam cmni pon sdp.. heheh.. menyelerakan sungguh..
ReplyDeleteI pernah cuba resepi macam ini tapi not 100% sama, i masuk cili so its a bit pedas and masam.
ReplyDeleteSedapnya , suka masak macam ni kalau tak lalu makan. Kalau demam makan ni baru selera
ReplyDeletesedapnya.. harini baru nak cuba masak .tq untuk resipi
ReplyDeleteTrm kasih....berjaya memasak masak asam di kala pkp...bini kijo
ReplyDelete