KEBAIKAN CHIA SEEDS YANG PERLU ANDA TAHU

KEBAIKAN CHIA SEEDS YANG PERLU ANDA TAHU | Assalamualaikum.

Sana sini orang dok bercerita mengenai Chia Seeds. Chia..chia..chia.. hihi. Rupanya dah lama, cuma Cik Rose je baru tahu. 

Cik Rose tahu dari rakan sekerja. Kak Anie namanya. hihi. Thank you kak! love you lah :)

Kawan Cik Rose ni hari-hari bawa air yang dah dicampurkan Chia Seeds ni. So, Cik Rose pun google sikit apa kebaikan Chia Seeds ni. 

Dan, Cik Rose temui macam kat bawah ni :

KEBAIKAN CHIA SEED / BIJI CHIA

1. Dapat Melawan Diabetes


Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubatan, ianya telah menjadi sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya  untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.


2. Mengandungi Serat yang banyak


Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman.


3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang


Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.


4. Mempunyai Mangan


Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.


 5Lebih Banyak Fosforus



Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihatdan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.


6. Kaya Dengan Protein


Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.


 7.  Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah


Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang  jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhannya.


 8. Mudah  Berasa Kenyang


Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan  kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.


9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung


Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.


10. Penuh dan kaya dengan Omega-3 


Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

Banyaknya khasiat, manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam Biji Chia Seed ini, bagi yang berdiet bolehlah amalkan pengambilan biji chia seed ini.

Inilah dia Chia Seeds yang Cik Rose beli :


Cik Rose beli di Aeon Big Batu Pahat. Di bahagian makanan/bahan organik. Sebotol ni RM31.++. Ada offer, kalau ambil 2 botol RM58.++. Dan 3 botol RM62.++. Cik Rose beli sebotol je. Sebab baru nak mencuba kan. Baru 3 hari cuba ni. Cik Rose letak satu sudu dalam botol air mineral. Jadikan sebagai minuman harian. 

Cik Rose pun ada baca dari satu sumber. Nak amalkan Chia Seed ni boleh tapi jangan berlebihan. Jangan lebih dari satu sudu sehari. Tapi, tak pastilah pula.

Moga istiqamah mengamalkannya. hihi.


Post a Comment

5 Comments

  1. jnji jgn terlebih amik chia seed nih... boleh sebabkan masala lain plk

    ReplyDelete
  2. ramai da org amalkan chia seed ne..eca pun nak cuba sbb ble control makan..nakkurus sebelum tahun depannnnn :)

    ReplyDelete
  3. MEmang bagus chia seed ni, cuma ena je belum kesempatan nak cuba

    ReplyDelete
  4. Untuk manusia normal, fosforus memang bagus. Tapi untuk saya, ianya merbahayakan... Padahal suka gila dengan chia seed ni..

    ReplyDelete
  5. Dengarnya pun macam tu jugak..x leh lebih dari satu sudu teh kan...menarik ni...nanti nak pi cari la...

    ReplyDelete