RAWAT BATUK BERLARUTAN MENGGUNAKAN BUAH NANAS

Assalamualaikum.

Batuk. Aduhai, seksanya rasa bila kena batuk ni tau. Tak tahan. Sakit dekat bahagian perut dan dada bila asyik batuk ni. 

Cik Rose ni dah seminggu batuk. Tapi, malas nak makan ubat batuk. Macam mana tu?. Hihi. Makan pati delima Gulsan je setakat ni. 

Sebenarnya, beberapa minggu lepas Mak Cik Rose pun demam, selsema dan batuk. Bila demam dan selsema dah sembuh, batuk je masih melekat. Jadi, Cik Rose pun beritahu pada mak satu petua yang dah viral di facebook. 

Petua merawat batuk yang berlarutan dengan menggunakan buah nanas. 
 
 

CARA-CARANYA :

1. Kupas kulit buah nanas dan bersihkannya.
2. Potong buah nanas dengan potongan kiub bagi memudahkan untuk kita kisar. Tak kisah nak guna 'blender' atau 'fruit processor'. Bahagian tengah buah nanas pun boleh jugak masuk sekali. 
3. Kisar hingga halus. Tak perlu tambah air. 
4. Kemudian, tapis air nanas tu. Bila dah tapis, tapi sekali lagi guna penapis yang lebih halus agar tiada hampas dalam air nanas kita tu. Sebabnya, hampas tu akan membuatkan kita rasa nak terbatuk.
5. Masa nak minum, boleh tambah madu dalam air nanas tu. 

Alhamdulillah, mak Cik Rose dah mencuba. Dengan izin Allah, batuk berkurangan.

Emm, Cik Rose pula yang batuk sekarang ni. Tapi, belum cuba lagi. Nak kena beli buah nanas ni.

Tak salah kita mencuba, kan?

 

Post a Comment

2 Comments

  1. ada jgk terbaca kt fb beberapa bln lps... mmg teringin nk cuba...
    rawatan secara alami kadang lbh bagus kn

    ReplyDelete