Assalamualaikum.
Pernah tak makan Botok-botok Ikan? Orang Johor mesti tahu kan? Sebab Cik Rose diberitahu ianya macam makanan tradisi jugaklah bagi negeri Johor.
Hari Sabtu lepas iaitu pada 27 Ogos 2016, Cik Rose ada join aktiviti BAKAT di Kem. Ada Majlis Demonstrasi Masakan, Pemakanan dan Gaya Hidup Sihay Bersama KEMAS Bagi DUN Senggarang, Johor.
Di majlis tu, baru Cik Rose tahu apa itu Botok-botok. Mula tu ingat macam Otak-otak atau Sata. Tapi, rupanya lain. Banyak guna daun-daun ulaman. Memang makanan yang sihat. Ada daun yang Cik Rose tak pernah tengok pun ada. Opsss nampak macam kurang ke dapur pula tetiba. Ampun.. hihi.
Ha, masa ni Wakil dari pihak KEMAS sedang menunjukkan demo membuat Botok-botok ni. Nampak je macam mudah. Tapi macam susah je pada Cik Rose ni. Hahaha.
Ok, Cik Rose kongsikan resepinya di sini yer. Mana tahu ada yang ingin mencuba, kan?
RESEPI BOTOL-BOTOK IKAN YANG SEDAP DAN MUDAH
SENARAI NAMA DAUN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHASILKAN BOTOK BOTOK :-
Bahan A
Bolehlah cuba buat sendiri lepas ni. Masa demonstrasi tu, dorang guna ikan tenggiri. Tapi boleh jer ubah ikan yang korang suka. Takpun, guna ayam atau puyuh.
Selamat mencuba!

- Pucuk Daun Semangkuk
- Pucuk Daun Bebuas
- Pucuk Daun Betik
- Pucuk Daun Mengkudu
- Pucuk Daun Mengkudu Belanda
- Pucuk Daun Ubi (Ubi Pulut)
- Pucuk Daun Teh/ Puding (beberapa jenis)
- Pucuk Daun Kaduk
- Daun Kunyit
- Daun Kesun
- Daun Selasih
- Daun Pisang untuk bungkusan.
Bahan A
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 2 batang serai
- 3 cm lengkuas
- 3 cm halia
- 3 cm kunyit hidup
- 10 tangkai lada kering
- 1 cawan santan
- 2 sudu makan kerisik
- Gula dan garam secukup rasa
- 1 paket rempah kari
Bahan B
Ikan / Puyuh / Ayam
Bahan C
Daun ulam dan rempah.
Di mayang halus :
Daun Kaduk , daun kesum , daun kunyit dan daun selasih.
Bahan D
Daun-daun ulam dan daun pisang dicelur.
CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Semua bahan A dikisar halus.
2. Masukkan sedikit garam dan gula.
3. Satukan bahan yang dikisar dengan yang dimayang halus tadi. Gaulkan sebati.
4. Masukkan ikan / puyuh/ ayam dan gaulkan rata.
5. Susun daun ulam di atas daun pisang mengikut susunan.
6. Letakkan ikan berempah tadi di atas daun ulam yang telah disusun dan bungkuskan.
7. Kukus selama 20 minit.
Resepi: kredit pada Puan Hanipah Binti Abd. Syukor.
KEMAS BATU PAHAT.
Inilah kejadian Botok-botok Ikan yang telah siap. Dah dibungkus sorang satu untuk ahli BAKAT.
Bolehlah cuba buat sendiri lepas ni. Masa demonstrasi tu, dorang guna ikan tenggiri. Tapi boleh jer ubah ikan yang korang suka. Takpun, guna ayam atau puyuh.
Selamat mencuba!
5 Comments
nieyl first time dengar... :)
ReplyDeleteUihh..banyak jenis gak daun digunakan..alahai nak mencari daun tu, sakit sikit..hihiii..
ReplyDeleteAkak memang suka botok-botok ni sebab ada banyak sayur dan ulam :)
ReplyDeletesodapnya... mana lah nk dpt botok2 ni kt kl nih oi...
ReplyDeletepertama kali jugak tgk makanan ni
ReplyDelete