Konflik bermula apabila Marsha, anak bongsu pasangan Tuan Mazlan dan Puan Rozie telah jatuh cinta dengan Luqman anak lelaki Encik Ismail dan Puan Latifah. Puan Rozie sangat menentang keras perkahwinan mereka kerana baginya Luqman tidak layak untuk Marsha apatah lagi lepas kahwin Marsha kena tinggal bersama keluarga mertuanya. Marsha yang sudah biasa tinggal di bangle mewah yang serba lengkap kini terpaksa tinggal di kawasan perumahan kos rendah yang sangat sempit dan hanya ada satu bilik air untuk dikongsi bersama keluarga .
Berkali-kali Puan Rozie pujuk Luqman dan Marsha untuk tinggal di banglo mewah bersama mereka. Namun, Luqman menolak dengan baik kerana dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kemewahan keluarga isterinya serta mahu berusaha yang terbaik untuk menyediakan kelengkapan hidup selepas berkahwin.
Marsha yang tidak pernah melakukan kerja-kerja rumah sebelum ini sering dileteri oleh Puan Latifah. Marsha cuba mengambil hati ibu mentuanya dengan belajar memasak, menanam dan mencuci tetapi ada sahaja yang tak kena. Jadi, bermulalah perang dingin antara Puan Latifah dan Puan Rozie.
Bagaimanakah Luqman dan Marsha menyelesaikan konflik tersebut?
OST MENANTU TING TONG - KELIRU NYANYIAN SISSY IMAN
*Suka pula Cik Rose tengok drama ni. hihi.
3 Comments
tak penah layan kih3.... best ke nengok pelakon mcm takde sorang pun kenal
ReplyDeleteAnak2 suka layan drama bersiri ni.. terbahak2 deme gelak.. ;)
ReplyDeletesuke jugak tengok citer ni..takde lah merapu sangat macam citer2 lain
ReplyDelete