Sunday, September 25, 2016

8 Sebab untuk Dapatkan Huawei Honor 8

8 Sebab  untuk Dapatkan Huawei Honor 8
Assalamualaikum.

Hai korang! Selamat malam.
Malam-malam ni, bila tengok instagram, ada pula iklan yang lalu. Iklan handphone!
HONOR 8 dari Huawei. Aduhai, sungguh menggoda. Tak tertahan rasa hati Cik Rose ni bila tengok reka bentuk Honor 8. Tu baru tengok luaran. Belum tahu lagi detailnya. Cuba korang jujur dengan Cik Rose, korang pernah dengar tak handphoe Huawei? Ha, ni soalan cepumas ni. 

Tapi, jangan korang tak tahu. Jenama Huawei pun sedang membina tapak dan memikat hati pengguna gadjet tau! Meh Cik Rose kongsikan kenapa korang kena dapatkan Honor 8 dari Hua Wei ni, dan tinggalkan smartphone yang sedang korang gunakan! Cik Rose gerenti korang pun akan terjebak rasa nak dapatkan cepat-cepatkan Si Pintar Honor 8 ni! Tak tahan wei.  Best wei! LAZADA sekarang ada tawaran menarik tau. Klik SINI untuk maklumat lanjut tentang Honor 8.

 Ada banyak kelebihan dan keunikan Honor 8 dari Huawei ni tau. Kalau di teliti betul-betul memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Ok, di entry ini Cik Rose senaraikan 8 Sebab  untuk Dapatkan Huawei Honor 8. Jom kita tengok, apa kelebihannya.

8 Sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8.

1. REKABENTUK YANG MENARIK DAN ELEGAN 



Rekabentuk Honor 8 ini menampilkan padanan kaca di bahagian hadapan dan juga di bahagian belakang. Di sekelilingnya pula diperkemaskan dengan logam yang menjadikan ia sungguh elegan dan penuh gaya.
Direka dengan dwi-kaca 2.5D dan lengkung penjuru yang kemas dan ketebalannya hanya 7.55 mm menjadikan ianya dalam keadaan terbaik untuk kita memegangnya atau menyimpanannya dalam poket seluar.



Korang tengoklah warna-warna yang ada tu. Gold, biru (sapphire blue), putih dan hitam. Cantik dan elegan. Pilihan hati Cik Rose dah tentulah gold! Berkenan sungguh dengan warna gold ni, nampak mewah!


2. KAMERA YANG CANGGIH 



Berita gembira untuk yang suka selfie! Angkat tangan sikit siapa yang suka selfie. Amboi, tersenyum korang yer. Mana taknya, kamera depannya didatangkan dengan 8MP. Ada ‘selfie mode’, memang menarik, tertariklah de boomlah  gambar-gambar selfie korang lepas ni!
Kamera belakangnya pula ialah 12MP dengan dua lensa. Tak perlu lagi nak guna apps tambahan nak bagi gambar cantik. Memang comfirm kualiti gambar korang terbaik! Untuk yang kaki travel, tak payahlah bawak kamera yang besar segala bagai. Bawa Honor 8 letak dalam poket, selesai masalah. Tak perlu pening-pening dah. Abadikan percutian korang yang menarik tu dengan Honor 8!


3. KETAHANAN BATERI YANG SUPERB!



Sehebat manapun handphone tu, kalau ketahanan baterinya lemah, memang membantutkan minat orang ramai nak memilikinya kan. Maklumlah kalau kita ‘on mobile data’ memang cepat bateri tu habis. Nak-nak pula kaki games. Lagilah cepat habis bateri. Lepas tu, kalau nak cas semula, makan masa yang lama. 
Tapi, korang janganlah risau. Ini yang membuatkan Honor 8 berada di dalam kelasnya yang tersendiri tau. Dengan kapasiti 3000mAH yang disokong Smart Power 4.0, akan memaksimumkan jangka masa penggunaan telefon korang ke 1.77 hari untuk penggunaan normal. Manakala untuk penggunaan yang berat pula ialah 1.22 hari. Bolehlah korang meminumumkan penggunaan power bank kan.
Masa mengecas. Percaya tak kalau Cik Rose cakap hanya 30 minit diperlukan untuk mengecas 47% bateri telefon ni? Ya, betul. Percayalah! Kalau korang memang tak sempat nak cas, ada 10 minit jer. Jangan risau. Dengan 10 minit tu, korang boleh bercakap selama 2 jam dan mendengar muzik selama 6 jam. Aduhai, biar betul? Memang hebatlah Honor 8 ni.
  

4. SISTEM PENGIMBAS CAP JARI



Kalau nak kunci telefon atau buka telefon, ramai yang gunakan ‘password’ kan.  Selamat tak ciri keselamatan tu? Macam mana kalau ada yang tahu ‘password kita dan menceroboh privasi kita? Jangan risau. Honor 8 membawakan sistem mengimbas cap jari. Maknanya tuan punya handphone je  yang boleh buka! Tak perlu risau dah kan. Hanya mengambil masa 0.4 saat sahaja untuk ‘unlock’! Sungguh pantas. Ianya disokong dengan NFC Tagread N write, P2P transfer dan SIM/HCE-based mobile payment.


5. CPU YANG TERBAIK


Honor 8 dikuasakan oleh 2.3 GHz octacore CPUserta memiliki 4GB LPDDR4 RA yang membolehkan telefon ini melakukan pelbagai aktiviti dalam satu masa. Multitasking! Sesuai untuk pemain games yang tegar ni. Tak ada dah telefon ‘hang’ ke sangkut ke. Lancar je main games sambil dengar lagu! Mengandungi  15 co-processor yang mampu meningkatkan kelajuan pemprosesan dan jangka hayat bateri. Macam Cik Rose sendiri, suka buka facebook sambil dengar lagu. Hihi.. Hiburkan hati kan.


6. PAPARAN YANG MENARIK


Paparan yang menarik memang menjadi pilihan utama pembeli telefon pintar.  Sudah tentu Honor 8 adalah jawapannya! 
Honor 8 memiliki paparan skrin 5.2 inches dengan 1080 Full HD yang menghasilkan warna lebih cerah dengan 96% high color gamut (NTSC). Ia juga menerapkan eye care mode yang dapat menapis sinaran blue (Blue Ray) untuk penjagaan mata bagi mereka yang selalu menhadap telefon. Macam Cik Rose ni, berblog menggunakan telefon, kadang-kadang berpinar jugak mata ni. Hihi. Ini yang menguatkan hati Cik Rose untuk memiliki Honor 8. 

  
7. KOMUNIKASI PINTAR 



Memiliki 2 Atenna ( Smart Double Antenna Switch) untuk mendapatkan signal yang lebih kuat bagi memastikan pengguna menerima sebaik mungkin. Roaming di luar Negara, memang pantas untuk korang buat pilihan network di sana. Kaki travel, tenang saja ok lepas ni. Tak perlu risau!


8. KAWALAN PINTAR UNTUK PERALATAN ELEKTRIK



Yang kelapan ni, memang menambat hati Cik Rose. Honor 8 ni dapat mengawal pelbagai peralatan elektronik! Contohnya penghawa dingin, tv dan lain-lain. Ciri-ciri ini mempunyai peranti sokongan yang dikeluarkan oleh lebih 5000 jenama antarabangsa dan lebih 230,000 model antarabangsa. Aih, hebat sungguhlah. 

Cik Rose sertakan senarai harga bagi model Honor 8 dari Huawei ini.


Product NameSelling Price
Honor 8 32GB (Black) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 32GB (White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 64GB (Blue) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899
Honor 8 64GB (Gold) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899

Korang mesti tak sabar-sabar nak membeli kan? Nak beli kat mana? Jangan risau. Boleh klik je ===>> HONOR 8



Jualan LAZADA My Cybersale kini berlangsung dari 26 hingga 30 September 2016. Semuanya ada. Dari kelengkapan rumah, barang kecantikan, sukan, dan banyak lagi! Harganya memang super duper wow! Banyak diskaun. Masa inilah kita kena bijak berbelanja, kan. Apalagi, boleh singgah ke http://www.lazada.com.my/mycybersale/




Selamat membeli belah! Time gaji kan sekarang. Hihi. Senyum lebar semua. Apalagi, buat pilihan yang terbaik tau. Biar kita melabur sikit untuk kualiti yang tip top!


6 comments: