TEMPAHAN MAKANAN UNTUK PELBAGAI MAJLIS DI SUNGAI PETANI DAN MERBOK

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Rose terima khabar gembira dari adik di Kedah. Alhamdulillah, bisness makanan dia makin maju. Wahh tak menang tangan yer. Ingat tak Cik Rose pernah buat satu entry khas promote caterer dia? Boleh baca di sini : CATERER TERBAIK DI SUNGAI PETANI DAN MERBOK



Sejak entry tu disiarkan, ada yang hubungi dia nak tempah makanan untuk pelbagai majlis. Jamuan hari raya di Petronas Merbok, majlis hari jadi, kenduri kesyukuran dan lain-lain. Alhamdulillah. 

Dan yang terbaru ialah majlis perjumpaan sebuah kelab di bangunan kedai Taman Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Menunya ialah Nasi Ayam. 
Boleh pulak dia terlupa nak ambil gambar kejadian nasi ayam tu. Yang ada gambar bungkusan ni jer. Hihi. Bolehlah Cik Rose letak kat blog.



Bisness adik saya ni bukanlah catering besar-besar untuk majlis kahwin tu. Baru bertapak. Dia usahakan dengan bantuan mak ayah dan keluarga. Kecil-kecilan dulu. Tapi, syukur dia dapat buat apa yang dia minat kan. Tak ramai yang minat masak, pandai masak, dan berani nak buat bisness makanan. Banyak risikonya kan. Cik Rose doakan moga dia bertambah maju! 

Untuk yang berdekatan Sungai Petani, Merbok, Semeling, Yan, Tanjung Dawai, Bedong, pendek kata di daerah Kuala Muda/Yan lah kan. Bolehlah hubungi adik Cik Rose ni kalau nak buat tempahan makanan. Nak bungkus siap-siap boleh. Nak ala-ala buffet pun boleh. Tak kiralah untuk majlis apa pun. Insyaallah akan diusahakan. Menu utama adalah nasi. Nasi beriani, Nasi minyak, Nasi ayam, nasi tomato, dan lain-lain. Pelbagai lauk pauk ada. Ayam masak merah, daging masak hitam special,  dalca dan lain-lain. Puding dan agar-agar pun ada. Boleh terus hubungi Syafiq untuk tanya pakej-pakej yang ada. Pakej bajet pun ada untuk budak sekolah. Mana tahu kan, ada sekolah yang nak buat untuk majlis ke, mesyuarat ke.  Lauk yang laku keras setakat ini adalah Daging Masak Hitam! Ramai yang tempah ni. Sebab guna daging tempatan kan.


Untuk tempahan sila hubungi : 

Syafiq : 017 419 4990

Insyaallah sedap, segar dan berbaloi. 

TEMPAHAN MAKANAN UNTUK PELBAGAI MAJLIS DIBUKA. 

KEPUASAN ANDA, KEUTAMAAN SYAFIQ CATERER!



Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. Ye.. moga dia terus maju dalam bidang yang dia minat ni.

      Delete
    2. Ye.. moga dia terus maju dalam bidang yang dia minat ni.

      Delete