Thursday, October 27, 2016

BLOG BANYAK MEMBANTU ORANG RAMAI DALAM MENCARI MAKLUMAT

Assalamualaikum.

Siapa setuju kalau Cik Rose katakan yang media sosial banyak membantu orang ramai dalam mencari sesuatu info atau maklumat? Dalam tajuk di atas, saja Cik Rose highlight BLOG. Kerana sekarang Cik Rose menulis di blog kan.

Jujurnya, kalau Cik Rose nak tahu apa-apa, mesti Cik Rose google jer. Dan terjumpa jawapannya di blog-blog yang tertera. Dan ianya amat membantu!

Sebab tu juga Cik Rose tekad untuk meneruskan minat dalam menulis ni. Moga apa yang  Cik Rose kongsikan bermanfaat buat semua. Alhamdulilah. Ramai penulis di luar sana yang bersungguh-sungguh menulis dan mengupas tentang sesuatu isu, pengalaman, produk, servis dan lain-lain.

Kat bawah ni, keyword bagi blog Cik Rose untuk hari ini. Sumber dari akaun Nuffnang sendiri.


Kebanyakannya orang ramai mencari info kan. Contohnya apa itu paraben. Cik Rose pernah kongsikan sikit masa dahulu tentang bahaya paraben ni. Kemudian tentang handphone. Cara makan ubat, dan tentulah lirik lagu. Yang buat Cik Rose tertarik keyword terakhir tu. Tentang pembersih wanita Sumber Ayu. Alhamdulilah, melekat keyword tu yer. Ada satu entry review tentang Sumber Ayu yang Cik Rose kongsikan beberapa minggu lalu. 


Kuasa blog boleh membantu sesebuah perniagaan sebenarnya. Membantu untuk mempromosikan sesebuah jenama. Tapi, kena ingat. Kalau beriklan di sesebuah blog bukan jaminan jualan anda meningkat. Kenalah usaha lebih dengan menghasilkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami para blogger boleh membantu mana yang termampu. 


Ehem, ehem... buat semua di luar sana, kalau nak beriklan di blog Cik Rose ni atau nak Cik Rose menulis review, jangan segan silu emaikan ke : ruslan.reeza@gmail.com

Sekian, terima kasih!


3 comments:

  1. Betul tu.. apa apa skrg ni org tanya pakcik Google dulu...

    ReplyDelete
  2. Selalu terjumpa blog ni kalau saya google lirik lagu. Terima kasih.

    ReplyDelete