Isnin Yang Mendung dan Mendamaikan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi ni bangun tidur sejuk je rasa. Tengok luar tingkap, cuaca mendung tetapi ada sinaran matahari. Dalam perjalanan Cik Rose ke tempat kerja, damai je rasa. Udara segar. Angin sedikit kuat dan membuatkan mood Cik Rose baik. hihi.

Bila pagi-pagi naik motor pergi kerja, cuaca yang baik amat memainkan peranan terhadap perasaan Cik Rose. Hari ni rasa segar bertenaga! hihi. Setelah migrain semalam. Sesekali migrain menyerang. Aduhai..

Nak bagitahu yang Cik Rose dah jatuh cinta dengan wangian semburan dari Glade ni. Jenis Country Garden. 


Balik kerja petang-petang, mesti sembur dulu. Ruang tamu, bilik-bilik semua Cik Rose sembur! hihi. Rasa segar! Sesetengah wangian, Cik Rose tak berapa gemar sebab menusuk hidung. Tapi, yang jenis ni ok :)


 

Post a Comment

3 Comments

  1. akak guna bau yg sama kt kete... mmg sedap damai je kan...

    kt johor pun tgh musim hujan mcm kt kl ye... msti best kan pagi2 tp kalau pagi2 hujhan turun mmg spoil

    ReplyDelete
  2. wangi ek? nak tryla nanti.. balik rumah bau ntah apa2 jer..hehe..

    ReplyDelete
  3. Kat sini hujan dari semalam dan sekarang mendung lagi..syukur..sejuk juga..

    ReplyDelete