MUFFIN PISANG BERWALNUT

Assalamualaikum.

Selamat malam. Hari ini 2 Muharram 1438H. Alhamdulillah. 
Ada yang ambil cuti lagi ke esok? Hihi. Manfaatkan masa yang ada dengan orang tersayang dan aktiviti yang positif!

Malam ni Cik Rose nak cerita tentang muffin pisang. Sebenarnya Cik Rose bukanlah pengegemar kek atau muffi  yang berperisa pisang. Maklumlah tekak ni dah sebati dengan coklat! 

Nak jadi cerita, baru-baru ni kawan Cik Rose ada mengidam kek pisang. Merata dia cari kek pisang. Tak jumpa yang sedap di tekak dia. Masa tulah Cik Rose teringin nak rasa kek atau muffin pisang. Pergi kedai, ternampaklah muffin pisang bersama walnut dari Mighty White. Tu tang beli.


Sekali dah rasa, eh eh eh. Macam sedap! Kena dengan tekak Cik Rose.  Alhamdulillah. 

Korang dah pernah rasa ke?  Lembut je kejadiannya. Sedap!

Atau korang pandai buat sendiri jer. Bestnya kalau pandai buat sendiri, kan?

Akhir kata, Cik Rose bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk muffin coklat ni. 

Post a Comment

1 Comments

  1. ingat td cik rose bt sndiri rupenyer...

    kadang2 mmg ada yg sedap kan muffin yg segera gini...

    ReplyDelete