PATAHNYA SEBELAH SAYAP - DRAMA AIR MATA


Assalamualaikum.

Pernah tengok tak drama Patahnya Sebelah Sayap?. Di TV3, jam 10 malam. Setiap Isnin hingga Rabu. Cik Rose mengetahui tentang drama ni melalui instagram Ummi Nazeera pada awalnya. Tengok promo, macam best jer. Tapi, tak tertengok pula. 

Nak dijadikan cerita, malam tadi Cik Rose tertengok. Rupanya dah episod 6. Aih, rasa rugi pula tak tengok. Memang best! Lakonan Ummi Nazeera bersama Airel Zafrel dan Izzue Islam. Tengok episod 6 tu macam sweet jer lakonan Airel  dan Ummi Nazeera ni. 





Habis je episod 6, terus Cik Rose marathon tengok di youtube dari episod 1 hinggalah episod 5. Aduhai, sedihnya. Memang drama air mata. Cik Rose menangis teresak-esak. Terbawa-bawa perasaan ni menyelami hati Alisha lakonan Ummi Nazeera ni. Kejamnya dia diperlakukan oleh Amzar lakonan Izzue Islam. Demi kerjaya, sanggup dia khianati diri Alisha. Alisha yang sanggup berkorban untuk Amzar demi cintanya, akhirnya semua musnah. Cik Rose tak dapat terima tindakan Alisha yang sanggup berkorban hingga dirinya disabitkan bersalah dan dipenjarakan. Aduhai, meruntun jiwa, babak dia di mahkamah dan penjara. Kasihan pada mak dan adik dia tu. Amzar pula buat tak bersalah, tambah pulak watak maknya tu. Geram jer rasa. Watak Zairi pula, Cik Rose boleh terima. Yelah, siapa yang tak sedih kan dengan kehilangan orang yang tersayang. Tak sabar nak tunggu episod berikutnya pula.


Cik Rose sertakan sinopsis drama ni sekali yer :

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Drama Patahnya Sebelah Sayap mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.
Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. 

Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat.
Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.
Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.

Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Selamat menonton. Cik Rose suka drama-drama air mata ni.
 


Post a Comment

6 Comments

  1. nampak best jgk... tp lwt pulak mulanya...

    skrg ni tgh gigih layan drama korea itu yg tak nengok sgt drama tv lain

    ReplyDelete
  2. Singgah ptg selasa
    bz sangat2 x dan nak blogwalking :)

    ReplyDelete
  3. drama korea pun layan juga. Scarlet Heart :)

    ReplyDelete
  4. Jatuh suka sgt ngan drama ni ����
    Kita sama la cik rose suka drama melayu esp yg ditayangkan di tv3.. mostly best2.. tak rugi layannn

    ReplyDelete