Friday, February 03, 2017

DAY 30 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - UCAPAN UNTUK FOLLOWERS

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran hari ke 30 ialah ucapan untuk follower. Wahh dah nak tiba ke penghujungnya. Esok last cabaran ni! 

Ucapan untuk follower? Aduhh malu pula nak berucap bagai ni. Terasa diri seolah-olah glamour pulak. Hahahh. Perasan kejap!


Ok kita serius kejap. 

Untuk semua pengunjung dan pembaca blog Inilah Realiti Bukan Fantasi ini,  Cik Rose nak ucapkan jutaan terima kasih. Sekalung penghargaan buat anda kerana sudi untuk hadir memeriahkan blog Cik Rose ni. 

Cik Rose menulis macam-macam. Apa yang Cik Rose suka, Cik Rose tulis je. Penubuhan blog ni pun sebab Cik Rose suka mengarang. Cuma memang ada entry ringkas yang Cik Rose hasilkan ekoran masa yang tidak mengizinkan. 

Kecantikan, makanan, sukan , haiwan, jalan-jalan, petua, semua ada di sini. Yang baik ambillah. Yang sebaliknya jadikan pengajaran. 

Alhamdulillah, beberapa entry yang Cik Rose hasilkan mendapat perhatian pengunjung hingga kini. Terima kasih!

Teruskan menyokong blog Cik Rose ye. Jangan lupa,  sudi-sudilah untuk like page blog Cik Rose --->> Inilah Realiti Bukan Fantasi


Baru ada 22 likers. Korang, tolonglah like. Hihi. Terima kasih.

Di kesempatan ini Cik Rose nak cakap yang, jika korang minat menulis, teruskan menulis. Banyak hal yang boleh dikongsikan. Moga apa yang kita coretkan memberi manfaat buat semua pembaca. 

Sekian. Hingga berjumpa di entry akan datang!


#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

3 comments: