Kenapa Perlu Pakai Cermin Mata?

Assalamualaikum.

Kenapa perlu pakai cermin mata? Sebab rabun ke? Mungkin silau? Atau sekadar fesyen?

Korang pakai cermin mata tak? Sejak bila pakai cermin mata ni. 

Ok, Cik Rose tak pernah pakai cermin mata. Alhamdulillah. Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni Cik Rose rasa something la. Kadang-kadang sakit kepala. Kadang-kadang mata berair. Pernah check mata, mata Cik Rose ok. Tiada rabun atau silau. 

Nak dijadikan cerita dalam tahun lepas, Cik Rose ke kedai cermin mata lagi. Nak check mata. Masa tu pergi dengan kawan Cik Rose. Cik Rose ada silau di mata kiri dan rabun jauh. Tapi, masa tu tak buat pun. Asyik bertangguh je nak buat. 

Sampailah awal Januari hari tu, dah tak tahan sebab tak nampak yang jauh-jauh ni. Kena kecilkan mata baru nampak. Jadi, Cik Rose buatlah cermin mata. Masa tu kebetulan di kampung mertua, iaitu di Jitra. Buat di Cmart. Harganya dalam RM2++. 

Tadaaa : 


Cik Rose pilih bingkai warna ungu. Kata purple lover kan. Hihi. Jenis cermin tu suami yang pilihkan. Mulanya macam nak jenis ala-ala orang sekarang pakai. Yang besar bulat sikit tu. Hihi. Tapi, suami cakap macam pelik. So, batalkan niat, ambil yang jenis ni.

Cik Rose rabun jauh, power dalam 100. Silau tak ada. Alhamdulillah, dah tak silau. 

Mungkin sebab tak pernah pakai cermin mata sebelum ni, bila mula-mula pakai, mata Cik Rose jadi pedih dan gatal. Asyik dok tenyeh je mata tu. Tak tahan rasanya. Huhu. Sekarang pun Cik Rose jarang-jarang pakai. Pakai di rumah kalau nak tengok tv yang ada subtitle je. Hihi. Sebab kedudukan tv dan tempat duduk jauh. Kalau tak pakai cermin mata, memang tak nampak apa yang dia tulis.

Sekarang nak amalkan jus carrot. Ada teman Cik Rose yang amalkan dah. Power matanya berkurangan. 

Sehingga berjumpa di entry akan datang!

Post a Comment

4 Comments

  1. kite dah 19 thn berkaca mata. rasa nak bt lasik pulak..

    ReplyDelete
  2. mmg ada yg pakai sbb pesen... tp akak pakai sebab udah rabun hehehe

    akak pakai spek dlm thn 2007 rasanya... tp masa awal2 tu akak pakai time kt umah or time drive je, kt opois takmo pakai sbb konon tak lawo tudung nya... tp lama2 asik sakit kepala je n power bertambah... jd sampai ke tua ni pakai jelah spek mata nih...

    ReplyDelete
  3. Salam, dah lama tak singgah...sihat ke?

    ReplyDelete
  4. akak memang merabalah kalau tak pakai spec.. kanan 600 kiri 650 powernya..ada kawan lagi tinggi dari akak hahaha

    ReplyDelete