Assalamualaikum.
Lagu Permata Cinta dari Aiman Tino.
Fenomena Aiman Tino. Lepas meletop dengan lagu Ku rela dibenci tu, Aiman Tino tampil dengan lagu Permata Cinta. Lagu ni ramai yang minat. Korang suka tak lagu ni? Ok, Cik Rose jujur. Cik Rose pun terlayan lagu ni. Hihi.
Lagu ni juga dinyanyikan oleh protege Hazama iaitu Usop. Dalam minggu pertama program Mentor. Best suara Usop tu. Ramai yang buka mata malam tu dengan bakat yang Usop ada. Bakat suara ada, ramai yang suka sikap Usop yang bagi mereka jujur. Korang tengok tak Mentor? Ada yang suka Usop? Tahniah untuk Usop berjaya menjadi protege kepada Hazama dalam sesi pemilihan minggu lepas.
Eh tercerita bab Usop pula. Asalnya nak kongsi lirik lagu Permata Cinta je. Tapi, takpelah. Alang-alangkan. Cerita je lah. Hihi.
Ok, lagu ni kategori boleh masuklah di telinga Cik Rose. Cik Rose lagi suka lagu ni berbanding lagu pertama dari Aiman Tino, Ku Rela Dibenci.
Macam biasalah, Cik Rose kongsikan lirik lagunya. Jom nyanyi!
LIRIK LAGU PERMATA CINTA - AIMAN TINO
Lihat diri ini tatap mata ini
Adakah aku pendusta cintamu
Renungku disini di dalam hatimu
Adakah aku insan yang engkau cintai
Mana kau campakkan hatiku
Hati yang kuberikan padamu kasih
Semua jawapannya ada padamu
Ku disini kan setia
Menunggumu oh kasihku
Meskipun maut datang menjemputku
Mengapa kau pergi dari diri ini
Mengapa harus kau merelakan aku
Mudahnya kau melepaskanku oh kasihku
Mudahnya kau mencari teman penggantiku
Mana kau campakkan hatiku
Hati yang kuberikan padamu kasih
Semua jawapannya ada padamu
Ku disini kan setia
Menunggumu oh kasihku
Meskipun maut datang menjemputku
*Mana kucampakkan hatimu
Hati yang kau berikan padaku kasih
Semua jawapannya ada padamu
Ku disini kan setia
Menunggumu oh kasihku
Meskipun maut datang menjemputku
- Tapi kenapa lirik lagu nyanyian Aiman Tino ada bab-bab kematian ni? Hikhik. Ni pun jadi isu juga, Cik Rose baca di beberapa portal hiburan.
- Malam tadi tengok ulangan Melodi di TV3. Aimam Tino melawat seorang peminat ciliknya di hospital. Cik Rose tak ingat pula nama adik tu. Tapi, doa Cik Rose. Moga adik tu cepat sembuh dan dipermudahkan cara mendapat rawatan. Juga buat semua yang sedang berjuang - menjalani rawatan kesihatan. Sedih melihat anak-anak kecil diuji dengan keadaan kesihatan.
Sehingga berjumpa di lain entry!
2 Comments
akak pun pasan mcm cik rose, msti ada ayat2 mcm org frust, pastu ada ayat mcm org putus asa,
ReplyDeletepsl di jemput maut lah, dijemput ilahi lah
jom la nyanyi sma2
ReplyDelete