Pengalaman pertama kali menderma darah | Assalamualaikum.
Pernah tak korang derma darah? Ke takut darah ni?. Hihi. Cik Rose selama ni dok dengar je pengalaman orang lain menderma darah. Tak pernah alami. Tertanya-tanya dalam hati, layak ke aku ni derma darah? Apa ciri-ciri orang yang sesuai nak derma darah ni? Banyak persoalan tau.
TAHUN 2016
Bermulalah segalanya. Ecewahh...
Asalnya Cik Rose teman kawan-kawan office yang nak menderma darah. Kitorang pergi BP Mall, Batu Pahat. Kitorang berlima. Yang asalnya, hanya 3 orang nak menderma darah. Lagi dua orang, termasuk Cik Rose hanya nak teman. Sebab kitorang memang tak pernah menderma. Kitorang pergi dalam tengahari macam tu. Sampai sana, ambil nombor dan perlu check dulu. Masa kengkawan tengah check tu lah, Cik Rose dan lagi sorang member terbuka hati! Hahaha. Kitorang pun ambil nombor. Dan terus check juga. Alhamdulillah, Cik Rose dan member lepas. Bacaan darah dan lain-lain normal. Tapi, dari 3 orang kawan yang memang nak derma darah pada awalnya, hanya seorang je lepas. Lagi dua tak lepas sebab bacaan hb darah rendah. Makanya, total semua yang dapat derma darah pada hari tersebut adalah 3 orang.
Cik Rose dapat buku merah kecil macam kat bawah ni.
Ada tertera maklumat kita. Nama, alamat, jantina, nombor kad pengenalan dan jenis darah. Cik Rose punya darag jenis B positif (B+).
Ada tertera maklumat kita. Nama, alamat, jantina, nombor kad pengenalan dan jenis darah. Cik Rose punya darag jenis B positif (B+).
Ini pula bahagian dalam buku. Kalau kita derma, akan dicatatkan berapa jumlahnya, nombor siri darah, hospital di mana darah kita di bawa, dan tarikh derma. Alhamdulillah! Moga darah yang Cik Rose dermakan bermanfaat bagi yang memerlukan.
Sakit ke derma darah?
Mesti itu persoalan pertama bagi orang yang tak pernah menderma. Itulah juga apa yang Cik Rose fikir dulu. Sakit ke? Jarumnya macam mana? Ok, sejujurnya bagi Cik Rose tak sakit. Ye, betul. Jarumnya agak besar. Tapi, takdelah sakit. Cuma, masa first nak cucuk tu, terasalah sikit. Tapi, bukan tahap sakit yang tak tahanlah. Biasa je. Masa dah cucuk jarum, darah kita pun berjalan masuk dalam beg plastik tu. Janganlah asyik nak tengok je darah tu. hihi. Relaxkan diri. Dan jangan banyak bergerak. Kalau banyak bergerak, nanti terganggu pulak perjalanan darah korang tu. Ada jumlah tertentu yang kita boleh derma. Masa mula-mula check tu, doktor ada tulis berapa jumlah yang kita boleh derma. Macam Cik Rose boleh derma sebanyak 35 ml. Doktor tu cskap nanti next time kalau nak derma lagi, jumlah tu boleh ditingkatkan lagi. Ni sebab first time.
Alhamdulillah, proses menderma darah Cik Rose berjalan lancar. Apa yang Cik Rose perhatikan hari tu, ada yang cepat dan ada yang lambat perjalanan darahnya. Tak sama.
Alhamdulillah, proses menderma darah Cik Rose berjalan lancar. Apa yang Cik Rose perhatikan hari tu, ada yang cepat dan ada yang lambat perjalanan darahnya. Tak sama.
Tadaa... Inilah apa yang Cik Rose dapat lepas derma darah. Dapat sweater pink! I like! Lepas tu dapat air tin milo, air mineral, roti, biskut, dan nutririce tu. Nyum nyum. hihi. Program derma darah ni kerjasama Hospital dengan sebuah company di Batu Pahat.
Korang pernah derma darah tak? Jomlah share pengalaman korang pulak macam mana. Sama-samalah kita jalankan tanggungjawab kita. Jom menderma darah :)
Cik Rose punyalah excited lepas derma darah tu, terus tanya member kat mana lagi boleh derma darah. Rupanya, kalau kita dah derma darah, kena tunggu 6 bulan lagi baru boleh derma. Yeke? Itu apa yang member Cik Rose bagitahulah. hihi.
Minggu lepas, Cik Rose jenjalan dengan suami. Nampak ada program derma darah lagi. Tapi, tak join sebab ada urusan sikit, kejar masa. Insyaallah, nanti akan terus menderma.
Jangan takut untuk menderma darah. Jom sama-sama kita dermakan darah demi membantu mereka yang memerlukan.
Jangan takut untuk menderma darah. Jom sama-sama kita dermakan darah demi membantu mereka yang memerlukan.
6 Comments
pernah derma.. baru 2 kali..
ReplyDeletetahniah..
Teringin sangat nak derma.. Tapi takut :'( Tak sakit ke?
ReplyDeleterindu lak nk menderma. dulu derma pastu hilang lak buku tu.
ReplyDeletetp byk betoi dapat mknn ek.. hehehe
x pernah menderma lagi 😄 time check, berat tak cukup, kurang darah, minggu dtg bulan
ReplyDeletexpernah lgi derma drh ni
ReplyDeletetak dapat nak menderma darah atas sebab low haemoglobin count
ReplyDelete