Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Moga baik-baik saja. Awal bersiaran hari ni. Bangun awal- sakit perut!
Beberapa hari sunyi tanpa coretan di sini. Rindu aih! Ni ada masa sikit, bolehlah tulis something.
Haritu singgah kedai buku Popular cari kertas-kad kahwin untuk majlis adik ipar. Sekali ternampak buku nota warna-warni. Geramnya. Tak sempat pilih. Sebab kalut sikit masa tu. Terus ambil jer yang macam kat bawah ni. Niat di hati nak beli pen colour-colour juga. Tapi, tak sempat. Kena balik juga - husband ada tugas kena balik kem. Hihi.
Tadaaa inilah dia buku tu :
Dah bawak gi office. Jadikan as a planner lah. Catat hal penting-penting. Dah beli buku ni 5 hari. Tapi, masih kosong. Sebab sayang! Hahaha.
EKSA. Bukan 5S dah yer.
Busy dengan EKSA sekarang ni. Lawatan audit dijangkakan pada 19-21 Februari ni. Maksudnya minggu depan! Banyak benda nak kena betulkan. Cik Rose is kalut! Haha. Sekarang ni EKSA dah guna Sudut Maya iaitu blog atau website. Jadinya untuk Jabatan Cik Rose, dah ada satu blog. Cik Rose lah yang handle sekarang. Jemputlah singgah yer :
Banyak lagi yang perlu dibaiki. Tapi Cik Rose happy jugakla sebab ada juga viewer setiap entry tu. Thank you untuk yang sudi singgah. Jangan lupa follow tau.
Majlis.
Banyak juga majlis kenduri kahwin dan kesyukuran melibatkan family dalam masa terdekat.
25 Feb 2017 - Majlis kenduri adik ipar Cik Rose di sebelah perempuan. Juga ada majlis perkahwinan sepupu Cik Rose. Insyaallah akan balik. Tapi terpaksa hadir satu majlis je.
04 Mac 2017 - Kenduri kesyukuran di rumah keluarga Cik Rose - kakak buat. Insyaallah akan balik juga.
01 April 2017 - Kenduri adik ipar Cik Rose. Kali ni belah lelaki pula di rumah mertua.
Program Jabatan.
Program sukan jabatan. Wahhh juga dalam masa terdekat. Banyak acara akan diadakan! 25 Februari 2017 aktiviti hiking di Bukit Banang. Tak dapat join sebab ada kenduri. Lepas tu, bulan 3 ni ada sukan 3 penjuru pula. Antara sukan yang diadakan ialah badminton, futsal, bola tampar, carom, ping pong dan bowling. All the best semua nanti! Sebut pasal ping pong, abang ipar Cik Rose atlet pi g pong untuk Navy! Motif cerita? Hihi.
Sekian celoteh Cik Rose di pagi hari. Jom mulakan hari ini dengan semangat positif dan senyum selalu. Niat baik-baik, Insyaallah baik-baik juga hasilnya.
5 Comments
pempuan gitu lah, pantang ngn benda2 comei... heheheh
ReplyDeletepastu dh beli syg lak nk gune kih3...
comelnya planner pink tu hehehe
ReplyDeletecantik buku tu....cmpur pen kaler kaler mesti lg meriah...sekarang panggil eksa erk...jap nk lwat blog sna...
ReplyDeletesama la kita rose. tapi kalau sy kertas warna warni kat dalam tu yang buat sayang nak catat apa-apa sebenarnya tu hehe
ReplyDeletetu dia sibuk sungguh nih.
ReplyDeletetake care ye rose..