HADIAH KASUT CARLO RINO DARI LAZADA

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita bab kasut pulak. Alhamdulillah, Cik Rose dapat voucher kasut Carlo Rino dari LAZADA. Thank you LAZADA! Cik Rose bersyukur dan happy sangat-sangat. 

Inilah dia vouchernya :


Semalam, iaitu 26 Mac, Cik Rose ke BP Mall, Batu Pahat, Johor. Bawa voucher kasut ni ke Butik carlo Rino dalam BP Mall tu. Entah kenapa berdebar-debar. hahaha. Suami cakap, relaxlah. hikhik.

Masuk je butik Carlo Rino, terus tunjuk voucher tu. Dan mereka minta Cik Rose tengok dan pilih kasut mana yang berkenan. Harga tak kisah. Apa? Tak kisah nilai harganya? Sukanya masa dengar tu. hihi. Alhamdulillah. Cik Rose memang pakai kasut Carlo Rino pergi office. Selalu beli yang offer harga RM99 tu. Kali ni, boleh pilih apa sahaja kasut tanpa perlu memikirkan nilai harga, tentulah suka!


Inilah dia lasut yang Cik Rose pilih. ambil warna biru. Cik Rose memang pakai kasut macam ni pergi kerja. Selesa dan mudah bergerak. Suami suruh ambil jenis wedges atau yang bertapak sikit. Tapi, tak naklah. Sebab Cik Rose naik motor pergi balik kerja. Tu yang ambil jenis ni.


Warna biru dan ada hijau sikit. Jenis ni ada warna grey dan pink. Kasut pink dah banyak, tu yang tak ambil. Grey pula kelam. Akhirnya Cik Rose memilih biru ni.


Balik rumah, rajin ambil gambar. Tu yang Cik Rose letak banyak gambar dalam entry ni tau. 


Tapak dia. Memang tak licin :)


Kalau korang berminat nak beli kasut atau beg CarloRino, boleh klik di sini --->> KOLEKSI CARLO RINO

Di sini, Cik Rose ambil kesempatan nak ucapkan jutaan terima kasih buat LAZADA kerana sudi memberikan kejutan y ang bermakna buat Cik Rose.

Moga LAZADA terus berkembang maju!


Post a Comment

3 Comments