Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya? Cik Rose doakan korang semua sihat-sihat sahaja. Alhamdulillah, Cik Rose dah baik dari demam dan sakit tekak. Tapi sekarang ni kan, Cik Rose macam sengal-sengal di pinggang dan perut pula tak selesa. Sakit macam angin tu. Dah 3 hari dah... Dok sapu minyak panas je ni. Doakan Cik Rose cepat baik yer. Terima kasih korang.
Nak cerita masa cuti Jumaat dan Sabtu lepas. Tak lalu nak makan. Bangun awal, bancuh air nak makan dengan roti. Tapi tak berusik pun. Tak ada selera nak jamah. Dok kalut basuh kain, kemas rumah bagai, dah tengahari. Lepas tu, Cik Rose dok fikir nak masak ke nak pi beli ja. Lama fikir, Cik Rose ambil keputusan masakla. Sebab nak keluar pi beli naik motor tak larat pula.
Beria nak masak, tapi tak larat dan tak ada selera. Sudahnya Cik Rose buat kicap bawang cili api je. Hahaha. Potong bawang dan cili api, bubuh kicap. Siap! Makan dengan nasi panas. Goreng nugget buat lauk. Hihi. Tu je.
Makan sorang bolehlah buat gini. Tak perlu fikir selera orang lain. Hikhik.
Bila mula kerja, time sarapan tu bukan main pilih yang heavy je dua tiga hari ni. Nasi lemak, soto... Tapi makan tak habis. Selera dah ada tapi tak sepenuhnya pula. Nak tahu tak , walau tak lalu makan, berat tak turun juga! Tolonglah! Hahaha. Sekarang juga, duduk rumah pakai stokin! Hihi.
Pssst... Cik Rose ada jual Perfume Dexandra. Kalau korang berminat, boleh whatsapp terus Cik Rose yer.
Cik Rose : 0194964553
Cik Rose : 0194964553
Nak tengok pilihan wangian yang ada, boleh tengok di instagram Cik Rose yer : www.instagram.com/roshazareeza_ruslan
Jom kekal mewangi bersama Cik Rose.
Dexandra jadi pilihan hati!
18 Comments
akak biasa jgk mkn ulam kan bwg ngn kicap bila takde selera, mmg lps tu berbau mulut tp mcm terapi gitu kan
ReplyDeleteYe kak.. Bila tak ada selera. Ini yang dicari. Bolehlah makan nasi jugak...
Deletetu je .... nugget buat lauk ... mmg betui2 simple tp klu buka selera tak kisah la jnji mkn
ReplyDeleteIya.. Demam kali ni agak teruk. Sampai selera pun takde..
Deleteklu makan ngn ikan goreng sedap sambal kicap tu....yummy...moga cpat sembuh yea...
ReplyDeleteYup.. Ikan kembung panas-panas. Sedapnya.
Deletehmm..hm.. ada apa2 tak??
ReplyDeleteTak ada. Huhu..kecewa lagi..
DeleteDoakan saya ya Kak Aishah.
dexandra mmg wangi harumannya
ReplyDeleteYe..wangi. Cik Rose batu je jatuh cinta ni.
Deleteooo ada resepi buka selera rupanya...
ReplyDeleteHihi.. Pembuka selera yang magic bagi Cik Rose.
Deleteassalamualaikum rose....x lalu mkn x pe...janji x ada sakit...:)
ReplyDelete** Mama Maszull
Waalaikumussalam mama... Demam dah baik. Alhamdulillah.
DeleteHuiii sedap Cik Rose. Uyul pun selalu makan gitu nak nak ada nasi panas.
ReplyDelete********************************************************************************
Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >>
Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan
********************************************************************************
Ye Uyul makan ngan nasi boleh bertambah dibuatnya Cik Rose ni. Hihi
DeleteTak leh nak diet..banyak food review...
ReplyDeleteWahhh bestnya.. Jangan diet sangat. :)
Delete