SUSAH DAPAT TAWARAN KURSUS CUBALAH MOHON KURSUS DI INTAN

Assalamualaikum.
Selamat pagi. Cuaca pagi ni sungguh sejuk. Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Cik Rose ke tempat kerja tadi dalam hujan. Syukur Alhamdulillah, selamat tiba di pejabat dengan menaiki motor. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

KURSUS

Sekarang ni susah nak dapat tawaran kursus. Dalam Jabatan, memang tak dapat lagi setakat ni. Sebab tu Cik Rose mencuba di INTAN. Antara pilihan Cik Rose adalah INTURA di Sungai Petani, Kedah dan IKWAS di Kluang, Johor. Namun, masih tiada jawapan lagi.

Tahun lepas, Cik Rose mohon juga. Alhamdulillah, dapat juga tawaran DI INTURA. Permohonan-permohonan lepas tu semuanya tidak berjaya. Sekali je Berjaya.



Walaupun sekarang dah tak wajib kursus selama 7 hari setahun, tapi Cik Rose ni dah terbiasa nak kursus. Hikhik. Kalau sebut pasal kursus, masa Cik Rose di MINDEF (Kementerian Pertahanan) dulu best sangat! Ada je kursus. Pasal kerja, pasal kaunseling, ceramah agama dan lain-lain. Seronok! Sebab duduk di HQ kan. Rindu kawan-kawan di sana. Rindu suasana di sana. Rindulah! Sejak tukar Jabatan ni, tawaran kursus terhad. Tapi, kat Jabatan baru ni best jugak sebab banyak aktiviti persatuan. Macam-macam persatuan ada. BAKISKA, PEWAKAS dan lain-lain.

Di mana pun kita bertugas, kita kenalah bersyukur kan. Semuanya ada pro dan kontra. Sematkan aura positif dalam diri dan pandai-pandailah bawa diri. Insyaallah semuanya baik-baik saja.

Cik Rose taip entry ni sambil dengar lagu duet Siti Nordiana dan Arwah Achik dengan cuaca yang sejuk. Hai, seronoknya kalau tidur dalam keadaan cuaca gini. Hahaha.. Zzzzzzzz..


Sehingga berjumpa di lain entry.

Post a Comment

5 Comments

  1. aah...dulu meriah dgn kursus,..skrg nk dpt jemputn pun jarg sekali

    ReplyDelete
  2. cuaca sejuk + hujan... zzzz memang bungkus dalam selimut.. best dapat tido. hehe

    ReplyDelete
  3. akak macam dah lama jek tak gi training ahahaha

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. Saya doakan kejayaan anda :) Semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  5. saya baca tentang pengalaman cik rose berkursus di INTURA.
    Mmg x wajib duduk hostel atau
    senyap2 duduk di rmh fmly? 😜
    saya juga akan berkursus di sana akhir bln ni. plan xnk duduk hostel. jadual aktvt mcm mana ye?

    ReplyDelete