Resepi Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut | Assalamualaikum. Kuih donut yang lembut dan gebu menjadi pilihan ramai. Kuih donut dikira sebagai sedap jika teksturnya lembut walaupun dah sejuk. Betul tak?
Ada pelbagai jenis resepi membuat kuih donut. Pelbagai bahan yang digunakan. Bahan-bahan yang mudah didapati membuatkan ramai yang mencubanya sendiri. Tapi, ada yang jadi dan ada yang tidak menjadi. Justeru, langkah mudah di ambil dengan cara membeli sahaja. Kalau sikit-sikit bolehlah beli. Tapi, untuk keluarga yang besar atau untuk majlis tertentu lebih baik buat sendiri. Lebih berbaloi dan puas hati. Maklumlah air tangan sendiri kan.
Sebelum ni Cik Rose ada kongsikan resepi kuih donut yang lembut dan gebu. Boleh tengok di sini
Alhamdulillah, minggu lepas Cik Rose buat lagi. Inilah kejadiannya :
Donut terlajak gebu gebas nama diberi. Hihi. Sebabnya bentuknya yang montel-montel. Makan sebiji dah kenyang!
Alhamdulillah menjadi. Masih menggunakan resepi yang dulu. Terima kasih buat empunya resepi. Tapi, memang Cik Rose tak pasti siapa empunya resepi ini.
Bahannya yang mudah membuatkan Cik Rose mencuba resepi ini. Syukur sebab menjadi.
Di sini Cik Rose kongsikan sekali lagi Resepi Kuih Donut yang mudah, gebu dan lembut ini.
Resepi Kuih Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut
BAHAN-BAHAN:
A:
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula
1 paket yis ( serbuk)
1 cawan air suam
*campurkan bahan ini dan biarkan kembang
B:
4 cawan tepung gandum
2 sdm marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
CARA-CARANYA:
1. Ramaskan bahan B hingga jadi macam serbuk roti.
2. Kemudian, campurkan bahan A yang telah kembang tadi dengan bahan B. Gaul rata.
3. Biarkan selama satu jam. Bekas tadi tutup dengan kain lembab.
4. Lepas satu jam, tumbuk sikit doh tadi untuk keluarkan angin.
5. Terus canai dan terap.
6. Kemudian boleh goreng dengan minyak yang banyak.
7. Dah siap, gaul dengan gula.
Sedia untuk dimakan.
*doh memang lembik. Tapi kalau terlalu lembik tambah tepung sikit waktu nak mencanai tu.
Mudah,kan? Jom sesama kita buat. Tak cuba, tak tahu kan. Kalau dah cuba baru tahu. Hikhik.
23 Comments
Nampak pun tahu, memang gebu.
ReplyDeleteAlhamdulillah menjadi.. :)
DeleteDonut gebu memang jadi rebutan
ReplyDeleteYe kak Mar.. Makan panas-panas, laju je masuk mulut. Hi hi
Deleterajin cik rose share reseipi. kebetulan uyul breakfsat donut nih.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Cik Rose kongsikan apa yang Cik Rose cuba. Nanti Uyul cuba pula ya.
DeleteSusu pekat tu susu ape?
ReplyDeleteSusu pekat manis @ krimer pekat manis, puan.
DeleteSusu pekat tu susu ape?
ReplyDeleteApa-apa jenama pun boleh. F&N, marigold, gold coin dan lain-lain.
DeleteBahan donut lebih kurang roti jgak kan
ReplyDeleteiya lebih kurang sama, cuma teknik menguli tu lain kan :)
DeleteSaya nk bt ikt resepi ni...mhn halal t.kasih
ReplyDeleteya, silakan puan. kita kongsi sama-sama. moga bermanfaat. Rose pun ambil resepi ni dari perkongsian rakan blogger.
DeleteNak try ..tq share resepi ..
ReplyDeletesama-sama. silakan cuba :)
DeleteSy dh buat. Terima kasih. Mmg terbaikkk..!! Eksperimen dgn anak td. Seronok anak
ReplyDeletesama-sama. seronok bila kita cuba resepi baru dan ianya menjadi :)
Delete2sdm tu... Senduk ke sudu
ReplyDelete2 sdm merujuk kepada 2 sudu makan :)
DeleteKlu xde baking powder,jd x donutnya Cik Rose?
ReplyDeletesedapnya donut :)
ReplyDeletelawa blog cik rose. kemas je .
Salam puan, resepi dapat berapa biji donut ye? Mohon utk ikut resepi ni ye
ReplyDelete