Terima Kasih Sahabat | Apa Erti Sahabat?

Assalamualaikum. 

Sahabat.

Apa maksud sahabat? 

Sukar nak dijelaskan kerana ianya subjektif bagi Cik Rose. Masing-masing punya jawapan yang berbeza, kan?


Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu , 
Sahabat (kata nama) 
Bersinonim dengan teman kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco


Cik Rose rasa korang pun ada sahabat kan. Tak kisahlah seorang, dua orang atau ramai. Kawan memang ramai. Namun yang bergelar sahabat itu tidaklah seramai kawan. 

Apa yang penting, andainya korang dah temui sahabat, janganlah sia-siakan. Hargainya sebelum terlambat. Menyesal tak sudah nanti. 

Gambar sekadar hiasan.


Entah kenapa malam tadi Cik Rose bermimpikan sahabat lama. Waktu di Sekolah Menengah. Jujur, Cik Rose rindukan semua yang pernah hadir dalam hidup Cik Rose. Yang pernah menjadi kawan, sahabat, teman. Sahabat di Sekolah rendah, sekolah menengah, pejabat lama, dan juga kawasan kejiranan masa kecil. 

Memang Cik Rose tak mampu nak undur masa. Namun, kenangan itu sudah cukup membuatkan Cik Rose tersenyum dan bahagia. Terima kasih buat sahabat-sahabat. 

Masa berlalu pantas. Dulunya rapat, sekarang seperti terasing. Normal. Cik Rose sedapkan hati dengan mengingati memori indah bersama mereka. Cik Rose tak mampu untuk memiliki mereka lagi. Apa yang pasti, apa yang ada di hadapan mata sekarang, Cik Rose perlu hargai. 

Terima kasih sahabat. Cik Rose bersyukur ditemukan dengan insan yang baik-baik. Moga Cik Rose juga berubah menjadi baik-baik :)



Post a Comment

4 Comments

  1. Pernah sekali mimpi sahabat baik masa sekolah dilanda musibah, terus berdoa banyak2 mujur semuanya baik2 belaka.

    ReplyDelete
  2. akak kadang2 pun mcm tu jgk cik rose... rindu kwn2 lama...
    kalau di pertemukan alhamdulilallah... kalu tak kita doakan mereka sihat sejahtera hendaknya

    ReplyDelete
  3. betul sahabat yang baik sukar ditemui...kalau dah bertemu jaga baik-baik...

    untuk dapat sahabat yang baik maka kita perlu menjadi baik terlebih dahulu

    ReplyDelete
  4. Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mendampingi kita ketika waktu senang / susah. btw nama sama dengan mak saya lah hehee. Saya singgah dan follow blog ni ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete